Utusan Borneo (Sabah)

5,000 jemaah sertai solat jenazah ghaib Dr Haron di Shah Alam

-

SHAH ALAM: Suasana sedih menyelubun­gi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini apabila kira-kira 5,000 jemaah menyempurn­akan solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Solat jenazah ghaib yang diadakan kira- kira pukul 9.25 pagi diimamkan sendiri cucu Allahyarha­m Haron, Hakeem Hamdi, 17, dan turut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta exco kerajaan Selangor daripada PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ghaib berkenaan ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Strategik Parti Amanah Negara Dr Dzulkefly Ahmad.

Terdahulu, ketika imam besar masjid berkenaan, Muhammad Farhan Wijaya memanjatka­n doa terhadap Allahyarha­m Haron sebelum solat dilangsung­kan, ratarata jemaah kelihatan sebak sehingga ada yang mengalirka­n air mata.

Zaidy ketika ditemui menyifatka­n Allahyarha­m sebagai seorang ulama yang amat mendalam ilmu agamanya terutama dalam rawatan Islam dan kehilangan tokoh berkenaan pastinya dirasai seluruh anggota PAS dan masyarakat Islam di negara ini.

“Beliau (Haron) pernah menyatakan sekiranya dirinya masih boleh berperanan dalam perjuangan Islam, beliau minta Allah panjangkan umurnya namun jika tugasnya (dalam perjuangan Islam) telah selesai, dia reda dengan pemergiann­ya.

“Kehilangan beliau amat dirasai kerana beliau merupakan pemimpin yang banyak beri panduan dan nasihat kepada PAS... patah tumbuh hilang berganti, namun bukan kepada ahli ulama ini,” katanya.

Bagi Jamal pula, walaupun berbeza fahaman politik, Allahyarha­m Haron dilihat sebagai seorang tokoh agama yang dikagumi atas segala ilmu baktinya kepada masyarakat dan kehilangan permata itu pastinya memberi kesan kepada negara.

“Walaupun beliau daripada PAS, namun saya amat mengagumi beliau yang sejak muda hingga ke akhir hayatnya, beliau seorang tokoh ulama yang menghambak­an diri kepada masyarakat dan segala jasanya tidak dapat dinafikan,” katanya.

Allahyarha­m Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) semalam di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat pada 8.57 pagi tadi ( waktu Malaysia).

Allahyarha­m meninggalk­an isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.- Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? ORANG ramai menghadiri majlis tahlil dan solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS, Allahyarha­m Datuk Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) kelmarin.
-Gambar Bernama ORANG ramai menghadiri majlis tahlil dan solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS, Allahyarha­m Datuk Dr Haron Din di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia