Utusan Borneo (Sabah)

38 militan Boko Haram dibunuh

-

Seramai 38 militan Boko Haram dibunuh dalam operasi pemburuan yang dilancarka­n oleh pasukan tentera Niger dan Chad di wilayah Diffa di tenggara Niger sepanjang minggu ini, menurut seorang pegawai kelmarin.

Dua orang anggota tentera telah mengalami kecederaan ringan dalam operasi tersebut itu dan di pihak musuh, 38 orang pengganas telah dibunuh, jurucakap kementeria­n pertahanan Niger Kolonel Moustapha Ledru berkata di televisyen negara.

Sejumlah senjata dan peluru yang banyak telah turut dirampas, tambah Ledru.

Operasi bersama tentera dibuat pada Isnin dan Rabu lepas di sekeliling kampungGue­skerou dan Toumour di tenggara Niger, tambah beliau.

Menurut penduduk kampung dan pekerja NGO di Gueskerou, 30 kilometer dari Diffa, elemen Boko Haram menyerang pekan tersebut pada malam Rabu tanpa mengorbank­an sesiapa.

“Serangan itu mencetuska­n ketakutan dalam populasi dan penyerang telah membakar beberapa buah rumah serta mencuri makanan dan ubat- ubatan selepas menyamun beberapa kedai dan sebuah farmasi,” kata pegawai NGO.

Keganasan Boko Haram sejak tujuh tahun lalu menyebabka­n sekurangku­rangnya 20,000 orang terbunuh di Nigeria dan kawasan sempadan negara jiran Niger, Chad dan Cameroon, dan membuatkan lebih 2.6 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Serangan di wilayah Diffa di Niger bermula pada Februari 2015 dan lewat Julai tahun ini pasukan multinasio­nal meliputi Nigeria, Niger, Chad dan Cameroon telah ditubuhkan. — AFP

NIAMEY:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia