Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor tempatan laksana projek

35 pakej libatkan 706 KM Projek Lebuhraya Pan Borneo fasa pertama

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 pakej dibahagika­n melibatkan 706 Kilometer ( KM) dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo pada fasa pertama.

Pengarah Urusan Borneo Highway Project Delivery Partner (PDP) Ir. Shahelmey Yahya JP berkata daripada itu lima pakej awal akan dilaksanak­an.

“Pada asasnya, tiga pakej awal permulaan akan dilaksanak­an terlebih dahulu daripada lima pakej berkenaan untuk tahun ini.

“Manakala, dua pakej sudah dijalankan iaitu jalan Papar-Donggongon dan juga Tawau-Semporna.

“Dan satu lagi pakej akan datang tidak lama lagi iaitu jalan Lahad Datu serta dua pakej selebihnya akan dijalankan penghujung tahun ini iaitu sebelah Selatan merangkumi Sindumin dan satu lagi iaitu Sandakan,” jelasnya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini kelmarin.

Shahelmey berkata, 30 pakej selebihnya akan laksanakan tahun hadapan.

Beliau mengulas berkenaan pengagihan di kalangan kontraktor yang mana ianya dibahagika­n seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo lalu.

“Setakat ini ketiga- tiga pakej awal diberikan kepada kontraktor tempatan seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri kita yang mana projek ini harus diberikan kepada kontraktor tempatan.

“Kami juga akan memanggil kontraktor yang berkelayak­an pada akhir bulan ini,” jelasnya.

Katanya, projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021 yang mana kos keseluruha­n projek fasa satu berkenaan adalah sebanyak RM12.86 bilion.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Highway PDP berkata, majlis Ramah Mesra Bersama Media adalah untuk menjalinka­n hubungan baik pada pengamal media.

“Di samping itu, ia juga bagi mengukuhka­n hubungan antara Borneo Highway dan media,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Penyiaran Sabah, Ali Ngasio, Ketua Pengarang Daily Express, James Sarda, Ketua Pengarang The Borneo Post, Chiu Nai Wen, Ketua Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui dan Ketua Biro Utusan Malaysia, Rodelio Junjun Taucan.

 ??  ?? SHAHELMEY (berdiri) memberikan ucapan aluan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media. Turut kelihatan Ketua Editor Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan) dan bersama barisan pengurusan tertinggi Borneo Highway PDP Sdn. Bhd.
SHAHELMEY (berdiri) memberikan ucapan aluan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media. Turut kelihatan Ketua Editor Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan) dan bersama barisan pengurusan tertinggi Borneo Highway PDP Sdn. Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia