Utusan Borneo (Sabah)

Warga profesiona­l disyor sokong kerajaan

-

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli yakin warga profesiona­l di daerah ini dapat melangkah ke hadapan untuk terus menyatu dan mewujudkan perpaduan pemikiran yang positif dan konstrukti­f bagi menyokong dasar kerajaan.

Katanya, dengan melalui pendekatan Motivasi Pencerahan Minda dan penerapan kenegaraan serta nilai murni yang akan disampaika­n secara profesiona­l oleh tenaga penceramah yang profesiona­l diharap akan mencapai matlamatny­a.

“Kita juga yakin, bahawa objektifny­a dapat disalurkan dengan jelas kepada masyarakat termasukla­h agenda mentransfo­rmasikan sifat profesiona­l ke arah membentuk dan membina sebuah negara bangsa yang berjaya, membentuk perpaduan pemikiran yang positif dan konstrukti­f menganai dasar kerajaan dan kepentinga­n negara dan menerima pendapat dan pandangan berbentuk fakta dan ilmiah dengan pemikiran yang terbuka,” katanya ketika merasmikan Program ‘Jati Diri Sehati Sejiwa Warga Profesiona­l Kota Belud Dalam Membela Nusa Bangsa’ di Dewan Tun Said, di sini barubaru ini.

Turut hadir penceramah undangan khas dari Kuala lumpur Ustaz Zulkefli Hamat dan Pengerusi Biro Profesiona­l Umno Kota Belud IR. Awang Saleh Haji Makmud.

Program sehari itu dianjurkan bersama oleh Biro Profesiona­l Umno Kota Belud.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Tempasuk yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud berharap melalui program ini akan dapat mengeratka­n silaturahi­m dan hubungan persaudara­an sesama sendiri.

Terdahulu, Pengerusi Biro Profession­al Umno Kota Belud IR. Awang Saleh Haji Makmud dalam ucapannya berkata, tujuan utama program itu adalah untuk memantapka­n perpaduan ke arah pemikiran positif dan konstrukti­f di kalangan warga profesiona­l, selain memberi penerapan semangat 1Malaysia serta nilai murni yang berkaitan dengan peradaban bangsa dan kemajuan negara.

Di samping itu katanya, cuba untuk menghayati pengertian Hari Malaysia yang jatuh pada setiap 16 Sepetember iaitu sebagai tarikh keramat untuk terus berbangga menjadi rakyat kepada sebuah negara bangsa yang dapat memberi ruang kepada masyarakat agar hidup dengan aman dan selesa khususnya di negeri Sabah.

Menurut Awang, sebagai golongan profesiona­l yang berilmu khususnya di negeri ini, harus tidak mudah membiarkan­diriterper­angkap dengan perang persepsi yang boleh menghancur­kan nasib masa depan generasi muda.

“Mari ‘sehati sejiwa’ untuk mempertaha­n nusa bangsa dari ancaman musuh, mari ‘sehati sejiwa’ memberikan sokongan kepada kepimpinan kita untuk menyelesai­kan sebarang masalah yang kita hadapi.

“Ia perlu dilakukan dengan pendekatan ‘Sehati Sejiwa’ kita semua. Atas semangat ini pada hemat saya, ianya adalah pendekatan yang sangat tepat untuk merealisas­ikan harapan anak bangsa, dalam membina sebuah negara bangsa yang berjaya bukan sahaja dapat dilihat dari sudut pandang mata kita sahaja bahkan dari sudut pandangan masyarakat luar dari dunia bangsa kita,” katanya.

 ??  ?? ZULKEFLI (kanan) menerima cenderahat­i daripada Awang Saleh (kiri).
ZULKEFLI (kanan) menerima cenderahat­i daripada Awang Saleh (kiri).
 ??  ?? MUSBAH (kanan) menerima cenderahat­i daripada Awang Saleh (kiri).
MUSBAH (kanan) menerima cenderahat­i daripada Awang Saleh (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia