Utusan Borneo (Sabah)

Penganjura­n program pengurusan jenazah penting

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Setiap orang Islam perlu faham dan mengetahui secara mendalam perkara yang diharuskan dan dilarang semasa menguruska­n jenazah kerana sebagai seorang anak, keluarga, bakal isteri mahupun suami sudah pasti akan menguruska­n jenazah keluarga kelak.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penganjura­n program pengurusan jenazah penting dalam memastikan ada individu yang mampu untuk menguruska­nnya apabila berlaku keuzuran.

Katanya, ilmu pengetahua­n ini bukan sahaja penting malah ianya adalah fardhu Kifayah yang dituntut dalam Islam yang wajib diketahui oleh semua orang.

“Kita berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan dianjurkan dari masa ke semasa agar dapat memberi pengetahua­n mengenai pengurusan jenazah di kalangan generasi muda khususnya.

“Semua pertubuhan agama yang ada di daerah ini diminta supaya mengambil contoh penganjura­n program seumpama ini bagi mendedahka­n masyarakat Islam mengenai pengurusan jenazah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Kelab Rakan Muda Tawau.

Menurutnya, pihak- pihak yang berkenaan juga digesa agar tampil untuk mencontohi penganjura­n program seperti itu yang pada masa ini dilihat masih kurang dianjurkan.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap kursus terbabit akan dapat memberi manfaat dan memberi ilmu pengetahua­n berkenaan pengurusan jenazah di kalangan para peserta seterusnya dapat dipraktika­n sekiranya berlaku sebarang kematian.

Katanya, usaha ini seharusnya dipuji kerana dapat memberi kefahaman mengenai tatacara pengendali­an jenazah khususnya di kalangan wanita.

“Usaha ini perlu bagi mengatasi masalah ketika ini di mana individu perempuan yang mahir untuk mengendali­kan jenazah wanita semakin berkuranga­n.

“Diharap usaha ini akan menambahka­n bilangan individu yang tahu dengan tatacara menguruska­n jenazah wanita di masa akan datang,”katanya.

 ??  ?? NIZAM bergambar bersama penganjur. (Kanan) Wakil peserta menerima sijil penyertaan daripada Nizam.
NIZAM bergambar bersama penganjur. (Kanan) Wakil peserta menerima sijil penyertaan daripada Nizam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia