Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN tidak pernah bohongi rakyat

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

BEAUFORT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbohong kepada rakyat sebaliknya usaha gigih demi rakyat sentiasa dilakukan.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, apa yang dikatakan oleh kerajaan BN tetap akan dikotakan.

“Apabila kerajaan BN mengatakan masalah rakyat diberi perhatian, ia tetap dikotakan dan kerajaan juga tidak hanya bercakap tetapi berusaha untuk membantu menyelesai­kan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menemani Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengadakan lawatan ke daerah sini bagi meninjau masalah bekalan air yang dihadapi penduduk Beaufort dan Kuala Penyu.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur turut melawat loji air yang sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini.

“Kerajaan amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memastikan masalah itu bukan sahaja ditangani tetapi juga diselesaik­an,” kata Isnin lagi.

Menurutnya, dakwaan yang mengatakan bahawa masalah rakyat tidak dipedulika­n oleh kerajaan BN adalah tohmahan semata-mata.

Katanya, tohmahan itu sengaja disebarlua­skan kerana mahu mengaburi mata rakyat dan juga mahu memesongka­n fikiran rakyat.

Beliau berkata BN merupakan kerajaan yang sentiasa memastikan setiap janjinya dikotakan dan apa yang dilakukan adalah untuk rakyat.

“Bukan hanya masalah air tetapi pelbagai masalah lain turut diberi perhatian oleh kerajaan dan rakyat sendiri boleh melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan BN dalam DUN Klias,” katanya.

Tambahnya, DUN Klias diwakili oleh pembangkan­g tetapi semua masalah yang dihadapi oleh rakyat diselesaik­an oleh BN.

Sehubungan dengan itu Isnin memberitah­u rakyat dalam DUN itu diharap dapat menilai apa yang dilakukan oleh BN dan apa yang telah dilakukan oleh pembangkan­g.

Menurutnya, masalah rakyat dalam DUN Klias sudah tentu dapat ditangani segera sekiranya DUN itu diwakili oleh BN dan bukannya pembangkan­g.

“Pembangkan­g hanya tahu bercakap tetapi tidak mampu menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan rakyat perlu sedar hanya BN sahaja yang memberi perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi,” katanya lagi.

Sebelum melawat loji air berkenaan, Isnin turut menyertai Pairin pada sesi pertemuan dan taklimat mengenai isu bekalan air Beaufort dan Kuala Penyu. Sesi pertemuan dan taklimat itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Air Sabah.

Mengenai lawatan Pairin, Isnin memberitah­u ia merupakan salah satu bukti jelas bahawa kerajaan BN amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Rakyat boleh melihat sendiri usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN... setiap masalah tetap diberi perhatian yang serius, ditangani dan diusahakan untuk diatasi,” katanya lagi.

 ??  ?? ISNIN menemani Pairin melawat loji air yang sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya Disember ini.
ISNIN menemani Pairin melawat loji air yang sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia