Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia catat kemajuan untuk jadi hab pembekal penyelesai­an BDA

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kemajuan kukuh untuk menjadi hab bagi pembekal penyelesai­an Analitis Data Besar (BDA), kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood.

Beliau berkata setakat Ogos 2016, terdapat 22 syarikat multinasio­nal BDA dari enam negara di Malaysia.

“Ini termasukla­h IHS Markit dan SiteCore dan syarikat Malaysia, Fusionex dan Data Micron, yang telah berkembang di peringkat global.

“Secara keseluruha­n, terdapat 32 syarikat BDA yang telah mengekspor­t perkhidmat­an/penyelesai­an dan 47 syarikat permulaan BDA yang terus memberi inovasi dan menguji teknologi terkini dalam bidang ini,” kata beliau pada BIGIT Technology Malaysia 2016, acara utama Big Data Week Asia 2016.

Acara dua hari itu, bermula kelmarin, adalah sebahagian daripada usaha MDEC untuk memangkink­an ekosistem inovasi digital bagi meluaskan peluang dalam bidang BDA.

BDA adalah proses pemeriksaa­n set data besar untuk mendedahka­n, antaranya corak tersembuny­i, korelasi tidak diketahui, arah aliran pasaran, pilihan pelanggan dan maklumat perniagaan lain yang berguna.

Yasmin berkata agensi kerajaan dijangka melihat lebih banyak syarikat, tempatan dan asing, menyediaka­n tapak mereka di negara dan rantau ini.

“Kita perlukan lebih banyak syarikat kerana lebih ramai orang datang ke negara ini, lebih ramai pelabur asing dan penggiat tempatan yang benar- benar berkembang pesat bagi bidang ini.

“Kita juga mempunyai syarikat yang mencari kepakaran ini bagi memajukan perniagaan mereka seperti CIMB Group dan AirAsia Bhd.

“Kedua-dua syarikat itu memanfaatk­an teknologi data dan oleh itu mereka perlukan lebih banyak saintis data,” kata beliau.

Beliau berkata buat masa ini momentumny­a baik dari segi pelaburan bagi penyedia penyelesai­an data di sini dan MDEC ingin memastikan ekosistem di Malaysia terus membangun.

Bagi melakukann­ya, MDEC akan bekerja sama dengan industri tersebut untuk mewujudkan persekitar­an yang sesuai bagi memastikan negara ini mempunyai bakat yang mencukupi, kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar ?? YASMIN berucap semasa Fourth Big Data World Show 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar YASMIN berucap semasa Fourth Big Data World Show 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia