Utusan Borneo (Sabah)

Masih ada pihak berani ambil risiko untuk melabur

-

MIRI: Meskipun kerajaan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengingatk­an tentang keskes penipuan skim cepat kaya melalui laman sosial namun masih ada pihak berani mengambil risiko untuk melabur.

Aktivis Masyarakat Wan Zain Syed Mohdzar berkata modus operandi skim cepat kaya sering menukar nama pelaburan untuk menjerat ramai mangsa terutama mereka yang mahu pelaburan lumayan.

“Bayangkan pelaburan bermula dari RM500 hingga RM1,000 mendapat keuntungan mencecah belasan ribu ringgit dalam masa singkat, ini adalah modus operandi sindiket menipu mangsa,” katanya di sini pada Isnin.

Wan Zain berkata apabila modus operandi sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa, mereka kemudianny­a menukar pelaburan dengan nama lain tetapi masih terarah kepada pelaburan skim cepat kaya.

“Masyarakat terutama netizen mudah terdedah dan tidak sedar penipuan iklan skim cepat kaya itu maka mereka bertindak mengeluark­an duit untuk melabur dengan skim yang tidak disahkan kerajaan,” jelasnya.

Beliau mengakui terdapat kakitangan awam dan swasta turut terjerat dengan skim pelaburan ini sehingga ada kalangan mereka berhutang keliling pinggang dan diisytihar­kan sebagai muflis atau bankrap.

“Kita juga mendapat tahu ada pasangan sudah berkahwin terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk melabur malah apabila sampai ke tahap kritikal pasangan itu akhirnya bercerai,” katanya.

Menurutnya, taktik paling popular sering digunakan sindiket itu mempamerka­n transaksi bank menunjukka­n pemindahan wang dalam jumlah besar ke dalam akaun pelabur mereka.

“Taktik ini paling popular kerana gambar atau ilustrasi kemasukanw­angyangban­yak ke dalam akaun bank pelabur sengaja ditunjukka­n untuk menjerat, memperdaya dan menarik pelabur baharu,” jelasnya.

Beliau juga mendedahka­n terdapat skim menawarkan keuntungan dua atau tiga kali ganda nilai pelaburan dengan menggunaka­n kaedah Multi Level Marketing (MLM) untuk menarik pelabur.

“Sekiranya pelabur mahu mendapatka­n keuntungan dengan cepat mereka perlu mencari orang baharu berdaftar di bawah mereka

dan mereka akan mendapat komisen daripada pendaftara­n baharu,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Zain menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan iklan pelaburan yang tidak sah dan mengelak ahli-ahli keluarga mereka terjebak dengan skim cepat kaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia