Utusan Borneo (Sabah)

Rudy sahut cabaran

Cabaran Orang Kuat Papar 8-9 Oktober depan

- Oleh VITALIS BINGKASAN

KOTA KINABALU: Masih segar dengan gelaran juara novis Cabran Orang Kuat Siok Bah Karnival di sini baru-baru ini, Rudy Melvyn akan mencuba nasib dalam kategori lebih mencabar pada Cabaran Orang Kuat Papar 8-9 Oktober depan.

Rudy berkata, kejayaan menjuarai Cabaran Oang Kuat Siok Bah Karnival di Tanjung Lipat Likas pada 2- 4 September lalu merupakan motivasi kuat kepadanya untuk mencuba pertanding­an yang lebih mencabar di Papar di mana ia adalah pertanding­an terbuka.

Pertanding­an terbuka itu bakal menyajikan cabaran yang lebih getir di mana alat- alat yang digunakan jauh lebih berat berbanding alat-alat dalam pertanding­an novis.

Sebelum bergelar juara novis di Tanjung Lipat, Likas baru-baru ini, Rudy bukan asing dalam sukan lasak ini kerana atlet dari Selangor itu adalah antara peserta tetap setiap kali ada pertanding­an Orang Kuat di negeri ini sejak tahun lalu.

Beliau juga telah menyertai Cabaran Orang Kuat Tenom (Novis) pada awal Mei dan hanya menduduki tangga kelima.

Kejayaanny­a merangkul gelaran juara di Tanjung Lipat menunjukka­n atlet berketingg­ian 5’10” dengan berat badan 108kg itu telah menunjukka­n peningkata­n mendadak dan dijangka bakal menjadi antara pencabar pada Cabaran Orang Kuat Papar nanti.

Difahamkan bahawa Rudy gigih menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu di pusat latihannya di Gym Fitness Paradise yang dilengkapi dengan alat- alat cabaran orang kuat.

Sambil itu, tiga peserta yang akan mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak iaitu ASP Ricky Poh, 39, Markus AK Enggai, 35, dan Majid Maidin, 32, juga antara peserta luar Sabah yang telah mengesahka­n penyertaan.

Menurut pengurus pasukan mereka, Lily, ketiga- tiga atlet PDRM Sarawak itu juga masih segar dengan pengalaman dan kemenangan pada Pertanding­an Ironman dan Badang Kuching Sarawak dan Cabaran Orang Kuat Kuching baru-baru ini.

Pada Cabaran Orang Kuat Kuching mereka adalah tiga peserta terbaik di mana Majid yang mempunyai berat badan 100kg dan ketinggian 6’ 8” muncul juara, Ricky dengan berat badan 108kg dan ketinggian 5’9” di tempat kedua dan Markus yang mempunyai berat badan 113kg dan ketinggian 5’10” menduduki tempat ketiga.

Kordinator pertanding­an, Roger Frederick ketika dihubungi kelmarin berharap kehadiran semakin ramai peserta luar akan diiringi dengan penyertaan lebih ramai peserta tempatan Sabah.

“Kita ada ramai atlet ( Orang Kuat) berpotensi dan pernah bergelar juara sebelum ini. Saya harap mereka akan mengambil bahagian untuk memberi cabaran kepada peserta luar ini terutama kali ini ia adalah pertanding­an terbuka.

“Dua pertanding­an untuk peserta novis sebelum ini dikuasai peserta luar Sabah. Harap-harap pertanding­an terbuka di Papar ini akan menampilka­n keunggulan peserta tempatan kita,” katanya.

Roger mengingatk­an bahawa yuran penyertaan RM250 hanya untuk peserta yangmendaf­tarsehingg­aesok (22 September). Penyertaan dibuka sehingga pada hari pertanding­an tetapi yuran selepas esok akan dinaikkan kepada RM300.

Mereka yang mendaftar selewat- lewatnya esok juga akan menerima baju yang bercetak nama dan bendera.

Untuk kteragan lanjut mengenai cabaran itu diminta menghubung­i Roger (0168800097).

 ??  ?? RUDY MELVYN MAJID MAIDIN MARKUS ENGGAI RICKY POH
RUDY MELVYN MAJID MAIDIN MARKUS ENGGAI RICKY POH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia