Utusan Borneo (Sabah)

Lloris percaya Spurs mampu menangani ketiadaan Kane Buffon suarakan kebimbanga­n selepas Juve tumbang di San Siro

- PARA

Hugo Lloris percaya Tottenham Hotspur mempunyai kekuatan dalaman untuk menangani ketiadaan penyerang Harry Kane jika kecederaan memaksa pemain itu berehat panjang.

Kane mengalami kecederaan buku lali selepas menjaringk­an gol ketika kemenangan 1-0 ke atas Sunderland Ahad lepas dan terpaksa dikeluarka­n pada akhir perlawanan.

Kane, 23, dilihat meninggalk­an Stadium White Hart Lane dengan tongkat dan memakai kasut pelindung kaki kanan, dengan pengurus Spurs, Mauricio Pochettino mengakui penyerangn­ya mungkin mengalami

LONDON, England:

kerosakan ligamen. Kane menjalani pemeriksaa­n lanjut semalam dan sekiranya beliau perlu berehat panjang, Spurs akan bergantung harapan kepada pemain baharu, Vincent Janssen. “Kami berharap ia tidak terlalu teruk,” kata Lloris. “Ia benar, dari pandangan mata kasar, kecederaan itu serius tetapi pasukan perubatan kelab berusaha sebaik mungkin untuk membolehka­n beliau kembali beraksi dengan segera.” Lloris menambah: “Kami mempunyai sebuah pasukan yang kompetetif dan mempunyai keyakinan penuh dengan setiap pemain. Apabila seorang pemain cedera, ia memberikan peluang kepada pemain lain untuk menunjukka­n bakat mereka.”

Kemenangan ke atas Sunderland membolehka­n Spurs melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana dan hadir selepas Pochettino mengkritik pemainnya kerana kurang bersemanga­t ketika tewas kepada Monaco dalam Liga Juara-Juara.

“Adakah kritikan itu menyakitka­n? Ya, tetapi anda tahu itu adalah satu- satu kebenarann­ya,” kata Lloris.

“Beliau (Pochettino) tidak menipu pemainnya dan ia adalah apa yang berlaku selepas perlawanan menentang Monaco. Dalam bilik persalinan selepas perlawanan, suasana sangat suram.” — AFP

Pertahanan Juventus sudah longgar, di jentera serangan pula tumpul dan kapten pasukan, Gianluigi Buffon menyuaraka­n kebimbanga­n selepas juara bertahan Serie A Itali itu tewas 1-2 kepada Inter Milan hujung minggu lepas.

Juventus menanti kunjungan Cagliari hari ini dan Buffon, penjaga gol, mahu benteng pertahanan diperketat­kan.

“Ia adalah kali ketiga musim ini di mana kami bolos dari satu tendangan sudut, ia tidak seperti yang selalu berlaku,” jelas Buffon.

Beliau bersuara selepas Mauro Icardi, dari satu tendangan sudut dan Ivan Perisic, menanduk gol kemenangan Inter, yang juga kemenangan pertama di San Siro ketika menentang Juventus sejak 2010.

Kekalahan pertama Juventus pada musim ini itu menyebabka­n Napoli kini bersendiri­an di tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata dan secara tidak langsung, Napoli boleh tersenyum sinis dengan kekalahan Juventus.

Bekas penyerang Napoli, Gonzalo Higuain, mencipta rekod gol 36 gol dalam Serie A musim lepas tetapi walaupun menjaringk­an dua gol ketika Juventus menewaskan Sassuolo 3-1 minggu lepas, Higuain gagal menjaringk­an gol pada dua perlawanan

MILAN, Itali:

terakhirny­a.

Apa yang pasti, Juventus, dibayangka­n kegemilang­an lebih hebat walaupun ia mungkin terlalu awal, untuk memburu kejuaraan Liga Juara- Juara, mendapatka­n Miralem Pjanic dari AS Rom dan Dani Alves dari Barcelona tetapi jentera seranganny­a tetap tumpul.

Anak buah Massimilia­no Allegri diikat tanpa jaringan oleh Sevilla dalam Liga Juara-Juara Rabu lepas dan hanya menjaringk­an gol pada minit ke-66 ketika menentang Inter.

Apa yang menariknya, penyerang Napoli, Jose Callejon, merupakan penjaring terbanyak liga dengan lima gol dari empat perlawanan dan rakan penyerangn­ya, Arkadiusz Milik – dibeli dari Ajax Amsterdam sebagai pengganti Higuain – sudah menjaringk­an empat gol dari empat perlawanan.

Walaupun Higuain sudah menjaringk­an tiga gol liga, Paulo Dybala, penjaring terbanyak Juventus musim lepas – masih belum menjaringk­an sebarang gol.

Allegri juga berdepan kritikan selepas permainan hambar Pjanic di bahagian tengah tetapi Allegri menjangkak­an pemain akan bangkit.

“Kekalahan membantu kami untuk sedar,” kata Allegri.

“Nasib baik kami mempunyai peluang menebus semua ini pada hari Rabu (hari ini) dan walaupun Cagliari adalah pasukan yang kuat, kami akan bermain dengan lebih fokus.

“Kami seharusnya meningkatk­an tahap penumpuan, bukan mengurangk­annya.”

Kekalahan kepada Cagliari sememangny­a tidak pernah difikirkan tetapi ia pastinya dialu-alukan oleh beberapa kelab yang berharap untuk menamatkan penguasaan lima tahun Juventus di singahsana liga. — AFP

 ??  ?? pemain Juve meraikan jaringan Lichtstein­er pada perlawanan Serie A Itali menentang Inter Milan di San Siro, Milan Ahad lepas.
pemain Juve meraikan jaringan Lichtstein­er pada perlawanan Serie A Itali menentang Inter Milan di San Siro, Milan Ahad lepas.
 ??  ?? LLORIS
LLORIS
 ??  ?? KANE
KANE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia