Utusan Borneo (Sabah)

Desa Dairy Farm Mesilou punya keistimewa­an tersendiri

- Oleh JAINUDIN NASIR

MUNGKIN belum ramai mengetahui kewujudan Desa Dairy Farm yang juga lebih dikenali sebagai ‘Desa Cattle’ Mesilou, terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Kundasang dan 20 kilometer dari Pekan Ranau, kini menjadi destinasi pelanconga­n yang mempunyai keistimewa­an serta daya tarikannya yang tersendiri.

Desa Dairy Farm bukan sahaja memberi ilmu pengetahua­n baharu dan pengalaman berguna malah, pasti memberi pelbagai kenangan manis kepada setiap pengunjung.

Para pengunjung ke Desa Dairy Farm perlu membayar yuran masuk tertentu dan perlu melalui satu laluan berair seperti kolam sedalam kira-kira satu kaki sebelum meneruskan perjalanan masuk ke kawasan Desa Dairy Farm berkenaan.

Ramai tidak faham dan merungut apabila melalui takungan air berkenaan yang mewajibkan semua jenis kenderaan melaluinya dan mereka menyifatka­n sebagai mengotorka­n tayar kenderaan kemudian melalui jalan yang belum berturap dan berhabuk menuju bangunan pentadbira­n seterusnya kilang memproses susu segar tanah tinggi dan kawasan ribuan hektar menempatka­n ratusan ekor lembu tenusu Desa.

Sebenarnya, kandungan air seperti kolam yang harus dilalui oleh kendaraan adalah air berubat jenis Wisper ‘V’ dicampurka­n dalam air berkenaan mengikut tempoh masa tertentu bagi membunuh sebarang kuman atau bakteria yang melekat di tayar-tayar kenderaan agar tidak menjangkit­i ternakan lembu tenusu yang ada dalam kawasan Desa Dairy Farm.

Tinjauan penulis ke lokasi itu kelmarin mendapati, ratusan pengunjung dari dalam dan luar negara yang kebanyakan­nya dari negara China, Australia, Thailand, Jepun, Singapura dan Semenanjun­g berkunjung ke kawasan itu sambil merakam gambar panorama dan memerhati ratusan ekor lembu yang sihat meragut rumput di kawasan yang dikhaskan dan dikawal selia oleh para petugas Desa Dairy Farm.

SELAIN menikmati udara dingin para pegunjung juga berpeluang memerhati sistem dan kaedah mengeluark­an dan pemproses susu segar yang diperah menggunaka­n mesin khas daripada lembu-lembu yang terpilih.

Kunjungan penulis telah menemui ramai pengunjung berkumpula­n dari Shanghai China masing-masing melahirkan rasa bertuah berpeluang melawat Desa Dairy Farm itu yang mereka sifatkan hawanya menyihatka­n dan menyegarka­n tubuh badan.

Ada di kalangn pengunjung dapat menikmati minuman susu segar pelbagai perisa daripada kaunter jualan bersebelah­an dengan pejabat pentadbira­n.

“Saya suka datang sini, sebab ada sikit sejuk, very nice place.. I’m enjoy and very happy with all my friends,” kata salah seorang pengunjung dari Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Leang Feng,29, bersama serombonga­n 13 orang pelawat lain dan turut melawat ke beberapa destinasi menarik di negari ini.

Suasana pelbagai ragam pengunjung dari Negara China menyaksika­n perbezaan minat mereka ada yang suka merakam gambar panorama Gunung Kinabalu, memerahati lembu yang ada dalam kurungan atau yang sedang meragut rumput, menunggang motosikal empat roda (ATV) dan ada juga yang berminat menyertai aktiviti paraglidin­g secara ‘tendum’ di Pusat Paraglidin­g Antarabang­sa Delek Lohan, berhampira­n Kompleks Sukan Ranau.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ADA dalam kalangan pengunjung dari negara China meminati ATV.
ADA dalam kalangan pengunjung dari negara China meminati ATV.
 ??  ?? GELAGAT pelawat dari negara China.
GELAGAT pelawat dari negara China.
 ??  ??
 ??  ?? RATUSAN ekor lembu tenusu hidup sihat boleh mengeluark­an minuman Susu Segar Tanah Tinggi.
RATUSAN ekor lembu tenusu hidup sihat boleh mengeluark­an minuman Susu Segar Tanah Tinggi.
 ??  ?? BANGUNAN utama pusat pentadbira­n Desa Cattle Mesilou.
BANGUNAN utama pusat pentadbira­n Desa Cattle Mesilou.
 ??  ?? GELAGAT salah seorang lelaki pelawat dari Negara China.
GELAGAT salah seorang lelaki pelawat dari Negara China.
 ??  ?? PARA petugas memproses susu segar tanah tinggi di Desa Cattle.
PARA petugas memproses susu segar tanah tinggi di Desa Cattle.
 ??  ?? PROSES memerah susu lembu sedang dijalankan.
PROSES memerah susu lembu sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia