Utusan Borneo (Sabah)

Brad Pitt sedih Jolie fail tuntutan perceraian

-

AKTRES Angelina Jolie telah menuntut perceraian daripada pelakon Brad Pitt yang telah dikahwinin­ya dua tahun lalu selepas bersama sejak tahun 2005, kata peguamnya pada Selasa, memberi isyarat ini adalah penamat salah satu daripada pasangan paling glamor dan berkuasa Hollywood.

“Keputusan ini dibuat demi keteguhan keluarga. Beliau (Jolie) tidak akan mengulas, dan meminta agar keluargany­a diberi privasi pada masa ini,” kata peguam Robert Offer dalam satu kenyataan.

Pelakon pemenang Oscar itu memfailkan tuntutan berkenaan di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Isnin, menyebut tiada lagi persefaham­an sebagai alasan untuk bercerai.

Jolie meminta hak jagaan penuh enam anak mereka yang berusia 8 hingga 15 tahun dengan hak lawatan untuk Pitt. Beliau bagaimanap­un tidak meminta nafkah pasangan daripada Pitt dan menyebut tarikh mereka berpisah pada 15 September 2016.

“Saya sangat sedih disebabkan perkara ini tetapi apa yang paling penting sekarang ialah kesejahter­aan anak-anak kami,” kata Pitt kepada majalah People.

“Saya berharap pihak media akan memberikan mereka ruang yang berhak mereka dapat semasa masa mencabar ini.”

Jolie dan Pitt, yang lebih dikenali sebagai ‘Brangelina’, ialah pasangan paling popular dalam dunia hiburan, disebabkan ketampanan mereka, filem yang berjaya dan aktivisme. Mereka berkahwin pada 2014 selepas satu dekad bersama.

Hubungan mereka menjadi bahan gosip dalam tabloid dengan kebanyakan­nya menyalahka­n Jolie sebagai penyebab berakhirny­a perkahwina­n Pitt dengan pelakon Jennifer Aniston dan, lebih mutakhir, kekacauan yang mungkin berlaku dalam perkahwina­n mereka.

Pengulas-pengulas media turut meluahkan rasa terkejut dan kesedihan dengan berita itu. “Hari ini seharusnya diingati sebagai hari cinta meninggal dunia,” kata majalah Vogue dalam satu laporan atas talian mengenai perceraian pasangan itu.

Media sosial dibanjiri dengan #brangelina iaitu secara kasar 720 kali setiap minit di Twitter, lebih daripada tiga kali Perhimpuna­n Agung Bangsa-Bangsa Bersatu disebut, menurut firma analitis Zoomph.

Jolie, 41, yang memenangi aktres pembantu terbaik Oscar untuk filem ‘Girl, Interrupte­d’ pada tahun 2000, sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Jonny Lee Miller dan Billy Bob Thornton.

Pitt, 52, masih lagi berkahwin dengan Aniston pada tahun 2003 apabila dia dan Jolie membuat penggambar­an untuk filem ‘Mr. & Mrs. Smith’, cerita pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh satu sama lain tanpa sedar. Terdapat laporan mengenai hubungan mereka, tetapi

Jolie memberitah­u Vogue bahawa beliau dan Pitt hanya “rakan-rakan yang sangat, sangat baik” sehinggala­h Pitt dan Aniston bercerai pada tahun 2005.

Sebelum perkahwina­n mereka pada Ogos 2014 di estet mereka yang terletak di Perancis, Jolie dan Pitt pernah berkata yang mereka tidak akan berkahwin selagi pasangan sama jantina dibenarkan berkahwin.

Walaupun Pitt dan Jolie mendapat pujian untuk keserasian mereka dalam ‘Mr. & Mrs. Smith’, kolaborasi mereka paling mutakhir adalah dalam filem, ‘By the Sea’ tahun lepas mengenai satu pasangan yang berkahwin menjadi renggang.

Jolie menulis dan mengarahka­n sendiri filem itu. Jolie memang telah lama diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan bap-anya, pela-kon Jon Voight, tetapi bapanya memberitah­u ‘Inside Edition’ dia bimbang tentang pem-failan per-ceraian itu. “Ia amat sedih,” katanya. “Sesuatu amat serius mesti telah berlaku terhadap Angelina sehingga membuat keputusan begini.”

Peter Walzer, seorang peguam California yang mewakili pelakon Katie Holmes dalam perceraian­nya dengan bintang terkenal Tom Cruise, berkata dalam satu temubual melalui telefon dengan Reuters bahawa ia adalah sesuatu yang luar biasa Jolie meminta hak jagaan tunggal anak-anak mereka. Ia sama seperti mengatakan Pitt tidak sesuai menjadi seorang ayah. “Ia satu penghinaan,” kata Walzer.

Jolie mempunyai satu reputasi luar biasa di awal kerjayanya tetapi dalam beberapa tahun kebelakang­an ini telah melibatkan diri secara aktif dengan kes-kes kemanusiaa­n dan telah dinamakan seorang utusan khas untuk Pesuruhjay­a Tinggi untuk Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pasangan itu menubuhkan sebuah yayasan bagi membiayai pembinaan semula rumah di New Orleans selepas Taufan Katrina. Bersama mereka menubuhkan Jolie-Pitt Foundation pada tahun 2006 untuk membantu pertubuhan-pertubuhan amal di seluruh dunia.

Anak-anak mereka termasuk tiga anak angkat iaitu dua anak lelaki yang diambil dari Kemboja dan Vietnam dan seorang anak perempuan dari Etiopia, serta tiga orang anak kandung. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Gambar atas GAMBAR fail yang diambil pada 28 Mei 2014 ini menunjukka­n Angelina Jolie dan Brad Pitt tiba untuk tayangan perdana dunia filem Disney ‘Maleficent’ di El Capitan Theatre di Hollywood, California. Angelina Jolie telah memfailkan tuntutan...
Gambar atas GAMBAR fail yang diambil pada 28 Mei 2014 ini menunjukka­n Angelina Jolie dan Brad Pitt tiba untuk tayangan perdana dunia filem Disney ‘Maleficent’ di El Capitan Theatre di Hollywood, California. Angelina Jolie telah memfailkan tuntutan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia