Utusan Borneo (Sabah)

Semua parti berpeluang kemuka bantahan syor kajian semula persempada­nan

-

NEW YORK: Parti- parti komponen Barisan Nasional dan pembangkan­g mempunyai peluang secukupnya untuk membuat bantahan berhubung persempada­nan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menegaskan semua parti harus meneliti cadangan persempada­nan semula termasuk dari segi sama ada ia melibatkan kawasan yang ditambah atau dikecilkan jumlah pengundiny­a atau ditukar nama.

“Namun, saya tak fikir parti-parti komponen Barisan Nasional ( BN) bersetuju dengan semua cadangan berkenaan dan saya fikir pembangkan­g juga tidak semuanya bersetuju dengan cadangan pindaan itu.

“Tetapi saya berpendapa­t bahawa satu tempoh secukupnya akan ditetapkan SPR untuk membolehka­n ketidakset­ujuan itu diterjemah dalam bentuk bantahan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Ahmad Zahid sebelum itu menghadiri resepsi bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk ketua delegasi yang menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

SPR mula mempamerka­n Syor Kajian Semula Persempada­nan Bahagian bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah selama sebulan sehingga 14 Okt ini.

Ahmad Zahid seterusnya berkata dalam hal ini, beliau sedar kewujudan kenyataan daripada partiparti komponen BN sendiri seperti MCA dan Gerakan yang memberi pandangan berbeza berbanding apa yang dikemukaka­n oleh SPR.

Beliau berkata SPR tentunya mempunyai kayu ukurnya sendiri dalam melaksanak­an tanggungja­wabnya itu.

“Saya fikir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ( pengerusi) Barisan Nasional akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN hujung minggu ini, dan tentunya perkara ini akan dibincangk­an sebagai agenda utama,” katanya. -Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid (kiri) bersama doktor perubatan Mohd Lutfi Fadil Lokman yang dipilih oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) sebagai pemimpin muda PBB, pada Selasa. GambarBern­ama
AHMAD Zahid (kiri) bersama doktor perubatan Mohd Lutfi Fadil Lokman yang dipilih oleh Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) sebagai pemimpin muda PBB, pada Selasa. GambarBern­ama
 ??  ?? SAHAK bersama pegawai kanan polis dalam sidang media di IPK Kinabatang­an kelmarin.
SAHAK bersama pegawai kanan polis dalam sidang media di IPK Kinabatang­an kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia