Utusan Borneo (Sabah)

KBT buat laporan polis bantah himpunan Bersih

-

KOTA BELUD: Kelab Belia Transforma­si ( KBT) tampil membuat laporan polis bagi menyatakan bantahan terhadap penganjura­n Perhimpuna­n Bersih yang bakal dicadakan 19 Nov depan.

Pengerusi KBT, Syed Mohd Hamizan Roslan mengetuai serombonga­n 30 orang ahli KBT membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud, kelmarin.

KBT menyatakan bantahan ini kerana berpendapa­t penganjura­n ini akan menyebabka­n kerugian dari segi harta benda awam, menganggu kenteraman awam selain dari akan menyebabka­n aktviti ekonomi sekitar akan terjejas akibat daripada perhimpuna­n haram ini.

Selain itu, penganjura­n seperti ini akan menjejaska­n nama baik negara di mata dunia hanya untuk mencapai objektif politik peribadi sesetengah individu, KBT juga menegaskan bahawa sistem demokrasi harus di hormati dan di patuhi oleh semua pihak..

“Proses Demokrasi harus di jalankan dengan cara yang betul iaitu proses pilihan raya. Sesiapapun kerajaan yang yang dipilih seharusnya di hormati oleh semua pihak bagi tujuan kebaikan pada negara, “katanya.

Tindakan seperti mensabotaj ekonomi dan nama baik negara adalah satu tindakan tidak ubah seperti pengkhiana­t negara.

Syed Hamizan berkata, seperti yang berlaku sebelum ini, penganjura­n Bersih juga menyemarak­an lagi budaya tidak sihat di kalangan masyarakat seperti bendera LGBT di kibarkan.

“Iini adalah bertentang­an dengan budaya kita sebagai seorang rakyat malaysia yang menolak budaya LGBT seperti di amalkan budaya LGBT seperti yang di amalkan oleh negaranega­ra barat.

KBT juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya agar budaya demonstras­i ini tidak berterusan menjadi budaya politik di dalam negara kita.

“Ini kerana tindakan seperti ini akan membuka ruang lebih luas kepada kuasa asing untuk mencampuri hal ehwal negara kita.

Katanya, KBT juga ingin mengingatk­an pada semua masyarakat agar terus memelihara keamanan yang kita kecapi hasil dari pengorbana­n pejuang- pejuang negara terdahulu.

 ??  ?? AHLI-AHLI KBT membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud membantah Bersih.
AHLI-AHLI KBT membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud membantah Bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia