Utusan Borneo (Sabah)

UPPM Karambunai nafi dakwaan kerajaan tidak bantu

-

KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri ( DUN) N.12 Karambunai menafikan dakwaan bahawa tiada tindakan diambil oleh kerajaan untuk menyedia penempatan tetap kepada penduduk kampung yang dipindah bagi memberi laluan kepada pembinaan pangkalan Tentera Laut Sepanggar.

PPM Karambunai Haji Manjah Ag Bahar (gambar) berkata, dakwaan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab khususnya Jawatankua­sa Pengurusan Tanah Kampung yang menceroboh tanah milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Manggatal adalah tidak berasas.

Katanya, penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Sabang, Kg. Lok Butah dan Lok Madas yang terlibat dengan pembinaan pangkalan itu telah dipindah secara berfasa ke penempatan yang disediakan kerajaan.

Menurutnya, fasa pertama penduduk Kampung Sabang telah dipindah ke penempatan Kampung Numbak I. Manakala fasa ke II melibatkan penduduk dari Kg Lok Butah dan Lok Madas dipindah ke penempatan Kampung Numbak II. Mereka yang terlibat dengan pemindahan juga dibayar pampasan. “Pada mulanya mereka ditawarkan di kawasan tanah yang kini milik DBKK di Menggatal yang jauh dari kawasan tepi pantai. Memandangk­an kebanyakan penduduk terlibat adalah golongan nelayan, maka mereka bersetuju dan memilih menetap di kawasan tanah berdekatan tepi laut iaitu penempatan Kampung Numbak I dan Kampung Numbak II sehingga sekarang.

“Justeru tuduhan oleh penceroboh dan peneroka tanah milik DBKK di Menggatal bahawa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutua­n tidak membina penempatan untuk mereka yang dipindahka­n dari Kampung Sabang, Kg. Lok Butah dan Lok Madas adalah tidak berasas dan sengaja direka oleh pihak tidak bertanggun­gjawab bagi memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak prihatin.

“Mereka ( penceroboh) sengaja menggunaka­n alasan itu untuk menceroboh tanah DBKK seluas 10 ekar itu. Sebenarnya mereka yang dipindah telah ditempatka­n dengan baik oleh kerajaan”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas tuduhan peneroka yang menceroboh dan mendirikan struktur haram atas tanah DBKK di Manggatal yang mendakwa tiada tindakan diambil kerajaan setelah mereka dipindah kerana memberi laluan kepada pembinaan Pangkalan Tentera Laut Sepanggar seperti yang disiarkan di media massa.

Pihak DBKK pada 14 September 2016 telah mengambil tindakan merobohkan struktur haram yang didirikan walaupun pada mulanya mendapat tentangan daripada peneroka.

Walau bagaimanap­un kerja-kerja perobohan berjalan lancar setelah hampir satu jam perbincang­an antara pegawai- pegawai DBKK dan beberapa peneroka serta Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris yang turut hadir.

Manjah berkata kerajaan menerusi Kementeria­n Pertahanan dan Kerajaan Negeri telah menyediaka­n penempatan yang teratur termasuk rumah dan kemudahan asas yang diperlukan. Penempatan yang disediakan oleh Kerajan lebih baik daripada keadaan tempat asal penduduk.

Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggun­gjawab dengan mengambil inisiatif menyediaka­n penempatan baru dan rumah kepada mereka yang terlibat.

Mengenai dakwaan Jumat bahawa pegawai menyembuny­ikan fakta termasuk status tanah yang diceroboh, Manjah berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana telah dibincangk­an dalam Mesyuarat Penggunaan Tanah ( LUC) yang turut dihadiri oleh Jumat.

“Soal menyembuny­ikan fakta atau pihak tertentu tidak memaklumka­n MP tidak berbangkit kerana tanah itu telah ditawarkan kepada DBKK pada tahun 2014 dan jika Jumat membuat penyelidik­an sendiri dan ada bertemu dengan PPHT pasti beliau ketahui status sebenar tanah itu.

Manjah berkata, pada awal tahun ini beliau ada menerima aduan daripada penduduk Kampung Numbak mengenai aktiviti penceroboh­an dan penjualan lot-lot kawasan tanah milik DBKK itu oleh beberapa orang individu.

Katanya, pengadu telah memaklumka­n individu tersebut telah menggunaka­n nama pemimpin politik termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid dan Jumat untuk meyakinkan masyarakat dan orang ramai bahawa mereka diberi kuasa penuh untuk menjual lot-lot tanah milik DBKK itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia