Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah

Mahkamah tetapkan 25 Okt untuk pengurusan kes

-

KOTA KINABALU: Seorang peniaga warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan sengaja mendatangk­an aib dan membangkit­kan kemarahan.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan pada 25 Oktober tahun ini sebagai pengurusan kes terhadap Salman Khan, 63, selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh melakukan kesalahan terbabit pada 16 September tahun ini di kaunter pintu masuk B2, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Untuk itu, Salman didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah memerintah­kan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Sebelum ini, Salman ditangkap oleh pihak polis kerana mengugut merampas kapal terbang, selepas diminta pengesahan pasport oleh seorang petugas di lapangan terbang.

Dalam pada itu, Stephanie juga memerintah­kan agar pasport tertuduh diperiksa untuk tujuan pengesahan.

Sementara itu, seorang lagi lelaki tempatan dipenjara tujuh hari selepas menghalang tugas seorang anggota polis dengan mengeluark­an katakata kesat.

Saberi Laip, 26, yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamata­n melakukan kesalahan itu pada 14 September tahun ini jam 7.41 malam, di tepi jalan KKIP Selatan, di sini.

Tertuduh mengatakan “Mentang- mentanglah saya tidak bagi kamu duit, kamu samanlah saya. Kamu makanlah itu punya saman. Sial punya polis,” kepada seorang anggota polis.

Atas kesalahan itu, Saberi didakwa mengikut Seksyen 8 (1) (e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah, yang boleh didenda sebanyak RM25 atau penjara.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu menahan tertuduh semasa membuat rondaan di kawasan Indah Permai, dan mengeluark­an saman kerana memotong barisan.

Tertuduh diminta menandatan­gani saman terbabit tetapi bekeras, namun selepas melakukann­ya, tertuduh mengeluark­an katakata kesat.

Tertuduh menggumpal saman dan membuangny­a ke jalan raya, seterusnya beredar dengan cara memecut keretanya sehingga hampir menyebabka­n kemalangan.

Pengadu dan rakan setugasnya bertindak mengejar dan berjaya menahan tertuduh di hadapan sebuah kedai di Malawa.

 ??  ?? SALMAN (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
SALMAN (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
 ?? Oleh CLARICE USOP ??
Oleh CLARICE USOP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia