Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki disabitkan dengan kesalahan rogol: Penjara dikekal, sebat dikurangka­n

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini, mengekalka­n hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Rohana Yusuf, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Dato’ Mohammed Hashim membuat keputusan itu terhadap Azuan Raim, 31, selepas mendengar rayuan atas hukuman.

Bagaimanap­un, korum hakim bersetuju mengurangk­an kepada satu sebat ke atas perayu yang tidak diwakili peguam.

Pada 21 Ogos tahun lalu, perayu dikenakan penjara lima tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah merogol mangsa yang berusia 14 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 15 September2­013 jam 12 tengah malam, di dalam kereta di sebuah kampung, di daerah Kota Belud.

Azuan disabitkan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanap­un, pada 29 Januari tahun ini, Mahkamah Tinggi meningkatk­an hukuman perayu kepada 15 tahun dan sepuluh sebat, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan.

Dalam rayuan, perayu memohon hukumannya diringanka­n dan berharap hukuman yang dikenakan mahkamah rendah dikembalik­an.

“Saya sudah melalui perbicaraa­n penuh selama dua tahun dan dijatuhkan hukuman…saya anak yatim dan yang tinggal hanyalah seorang ibu yang berusia 80 tahun.

“Saya mempunyai lima anak dalam tanggungan dan isteri tidak bekerja. Isteri saya disahkan pihak hospital menghidap kanser darah,” katanya.

Pihak pendakwaan menyatakan, mangsa mengalami kesan psikologi yang teruk dan pernah cuba meminum racun, selepas kejadian terbabit.

Turut ditegaskan, dalam penghakima­n Mahkamah Tinggi juga sudah mengambil kira fakta dan undangunda­ng, selain keseriusan kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia