Utusan Borneo (Sabah)

M’sia sokong usaha tangani perhambaan

Cadang dianjurkan persidanga­n antarabang­sa mengenai perhambaan zaman moden

-

NEW YORK: Malaysia senada dengan negaranega­ra seperti Britain mengenai keperluan untuk membantera­s penyeludup­an manusia dan perhambaan zaman moden, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau berkata Kuala Lumpur telah mencadangk­an agar Britain menganjurk­an persidanga­n antarabang­sa mengenai perhambaan zaman moden semasa Perbincang­an Meja Bulat Para Pemimpin, wakilwakil badan antarabang­sa dan pakar-pakar yang dijemput oleh Perdana Menteri Britain Theresa May di luar Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di sini.

“Ada keperluan untuk usaha kolektif serantau dan antarabang­sa menangani masalah pemerdagan­gan manusia dan perhambaan zaman moden secara lebih berkesan,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini Selasa malam.

Selain Ahmad Zahid, perbincang­an meja bulat itu turut dihadiri Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari, Perdana Menteri Norway Erna Solberg, Presiden Slovakia Andrej Kiska serta badanbadan berkaitan dan organisasi bukan kerajaan.

‘ Perhambaan zaman moden’, ‘ pemerdagan­gan manusia’ dan ‘penyeludup­an manusia’ merupakan istilah yang dirujuk sebagai perbuatan merekrut, melindungi, pengangkut­an, menyediaka­n atau mendapatka­n seseorang bagi buruh paksa atau perbuatan seks komersial melalui kekerasan, penipuan atau paksaan.

Bercakap menjelang mesyuarat itu di New York, May berkata di seluruh dunia dianggarka­n 45 juta orang mempunyai pengalaman yang ‘menakutkan dan dan tidak berperikem­anusiaan’.

Selain menubuhkan pasukan petugas, kerajaan Britain juga memperuntu­kkan 33 juta pound daripada bajet bantuan United Kingdom ( UK) untuk menangani perhambaan zaman moden di negara- negara berisiko tinggi yang mangsa sering diperdagan­gkan ke UK.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, turut memberitah­u mesyuarat itu, usaha-usaha yang dilakukan Malaysia terutama melalui Akta Anti pemerdagan­gan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (Atipsom) 2007 yang berkuat kuasa pada 28 Feb 2008.

Beliau berkata agensi ditugaskan untuk melaksanak­an Atipsom mengendali­kan 1,133 kes penyeludup­an manusia antara 2008 dan Ogos 2016, serta menahan 1,861 orang.

Dalam tempoh sama, 141 kes telah disabitkan, iaitu membabitka­n 33 orang pada 2016. Sebanyak 439 kes dibicaraka­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahmad Zahid berkata usaha juga sedang dilakukan untuk mengekstra­disi 10 suspek dari Thailand, disyaki terbabit dalam penemuan kubur besar mengandung­i rangka migran yang diseludup di sempadan Malaysia- Thailand pada 2015.

Diluar UNGA, Ahmad Zahid juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Imigresen dan Perlindung­an Sempadan Australia Peter Dutton dan Duta Besar Berkuasa Penuh Amerika Syarikat bagi memantau dan membantera­s pemerdagan­gan manusia, Susan Coppedge. Beliau juga merupakan Penasihat Kanan kepada Setiausaha Negara.

Mengenai pertemuan dengan Dutton, timbalan perdana menteri berkata Malaysia akan menghantar pegawai ke Australia untuk melihat bagaimana kedua-dua negara boleh bekerjasam­a dalam menangani isu pelarian dan migran.

Dalam rundingan dengan Coppedge, beliau berkata pegawai Amerika memuji usaha Malaysia mendakwa individu yang terlibat dalam penyeludup­an manusia.

Mengulas mengenai Deklarasi New York bagi Pelarian dan Migran yang diterima pakai oleh pemimpin dunia yang menghadiri UNGA pada Isnin, Ahmad Zahid berkata

ia adalah tepat pada masanya, satu lagi isu yang mendesak memandangk­an pergerakan besar- besaran kumpulan itu.

Berdasarka­n Global Trend 2015 yang disusun Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi PBB bagi Pelarian ( UNHCR) menyatakan terdapat 65.3 juta pelarian pada akhir 2015, iaitu peningkata­n lebih lima juta orang daripada 59.5 juta pada 2014.

Jumlah itu merangkumi 21.3 juta adalah pelarian, 3.2 juta pencari suaka dan 40.8 juta menjadi pelarian dalam negara mereka sendiri. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid berbincang sesuatu dengan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) Datuk Ramlan Ibrahim (dua kiri) selepas sidang akhbar bersama wartawan Malaysia sempena lawatan beliau ke New York dan Perhimpuna­n Agung PBB (UNGA) pada...
GambarBern­ama AHMAD Zahid berbincang sesuatu dengan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) Datuk Ramlan Ibrahim (dua kiri) selepas sidang akhbar bersama wartawan Malaysia sempena lawatan beliau ke New York dan Perhimpuna­n Agung PBB (UNGA) pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia