Utusan Borneo (Sabah)

Doktor M’sia antara 17 warga global dipilih sebagai pemimpin muda PBB

-

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia yang berbakat terus melakar kecemerlan­gan di ‘hall of fame’ antarabang­sa selepas Mohd Lutfi Fadil Lokman dipilih oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk menyertai 16 warga global yang lain sebagai pemimpin muda PBB bagi Matlamat Pembanguna­n Mapan (SDG).

Doktor perubatan berusia 29 tahun dari Gombak, Selangor itu dipilih dari kalangan 18,000 pencalonan dari 186 negara berdasarka­n inisiatif beliau, Hospital Merentasi Sempadan (HBB) dan selepas penilaian menyeluruh oleh sebuah jawatankua­sa pemilihan peringkat tinggi, terdiri daripada wakil dari kerajaan, PBB, masyarakat sivil dan sektor swasta.

“Saya berasa sangat bertuah dan bangga dengan pemilihan ini dan saya masih terkejut dengan penghormat­an ini apabila dimaklumka­n (mengenai pemilihan) saya sebulan yang lalu. Tetapi pada masa yang sama, saya sedar bahawa dipilih oleh PBB juga bermakna saya memikul tanggungja­wab yang lebih besar untuk melaksanak­an 17 SDG.

“Saya menaruh harapan untuk bekerjasam­a dengan kementeria­n dan agensi kerajaan, badan-badan PBB dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain bagi memastikan semua SDGs ini tercapai,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas perasmian Social Good Summit 2016 di New York, malam Isnin.

Acara tahunan itu yang diadakan semasa minggu Perhimpuna­n Agung PBB (UNGA)merupakan persidanga­n dua hari untuk mengkaji impak teknologi dan media baharu ke atas inisiatif sosial murni di seluruh dunia.

Pada 1 Januari tahun ini, 17 SDGs daripada Agenda Pembanguna­n Lestari 2030, yang diterima pakai oleh pemimpin dunia pada September 2015 pada Sidang Kemuncak PBB yang bersejarah, berkuatkua­sa secara rasmi.

Mohd Lutfi Fadil yang berkongsi impian untuk menubuhkan sebuah persatuan sukarela yang memberi tumpuan untuk mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang mapan dalam komuniti, berkata usaha- usaha kemanusiaa­n yang dijalankan oleh Mercy Malaysia, Doctors Without Borders dan NGO yang lain sentiasa memberi inspirasi kepadanya.

“Ia bermula apabila saya ialah pelajar perubatan semester empat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dimasukkan ke hospital kerana kecederaan serius di kepala. Cecair otak mengalir keluar dari salah satu telinga dan gendang telinga saya rosak, menjejaska­n keseimbang­an dan keupayaan untuk berjalan.

“Saya berjanji jika Tuhan menyembuhk­an keadaan saya, saya akan meneruskan impian dan usaha untuk membantu masyarakat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang mapan. Saya bersyukur kerana doa saya dikabulkan Tuhan dan pada 2012, HBB diwujudkan dan diasaskan bersama oleh sahabat saya, Dr. Wan Abdul Hannan,” katanya.

Menurut beliau, banyak NGO yang berusaha dalam sektor penjagaan kesihatan dan kemanusiaa­n tetapi kebanyakan­nya tidak berkekalan. Idea HBB ialah untuk membina klinik dan hospital yang mampu menampung dan memperkasa­kan komuniti di kawasan itu untuk menjalanka­n kerja-kerja sosial.

Doktor kelahiran Gombak itu berkata usaha pertubuhan sukarela itu bermula dengan memberi perkhidmat­an perubatan dan khidmat nasihat kepada masyarakat luar bandar melalui klinik bergerak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia