Utusan Borneo (Sabah)

Kumala dari Labuan johan Bermukun BAF 2016

-

LABUAN: Kumpulan Kumala dari Wilayah Persekutua­n Labuan muncul johan Pertanding­an Bermukun Empat Sepasukan sempena Borneo Arts Festival (BAF) 2016 anjuran Perbadanan Labuan yang diadakan di Arena Boling Padang Antarabang­sa Labuan, Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Kumpulan Kumala membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 yang disampaika­n oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus.

Kumpulan Kumala turut memenangi Anugerah Pemantun Terbaik dan Busana Terbaik sekaligus menerima RM500.

Naib johan dimenangi oleh Kumpulan Cucu Cicit Dayang Kabung dari Mukah, Sarawak untuk meraih RM2,500.

Kumpulan itu juga memenangi anugerah kategori Penandak Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM500.

Kumpulan Mukun Selendang Sutera dari Brunei Darussalam menduduki tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai RM1,000.

Hadiah RM500 turut dimenangi kumpulan itu menerusi anugerah Dayang Gandang melalui Nabila Wan Jamil.

Sementara itu, Boyd Petrus Pensin dari Sabah memenangi Pertanding­an Rekaan Fesyen BAF 2016 dengan tema pakaian Olumis Borneo.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM2,000 yang disampaika­n oleh isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad, Norfiazah Abdullah.

Tempat kedua dimenangi olehMohamm­adFreezeAd­nan dari Wilayah Persekutua­n Labuan dengan tema pakaian Sound Tropica of Borneo.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Iwan Tayan Iwantang dari Sarawak yang bertemakan Lagenda Puteri Lela Menchanai.

Konsep Rekaan Terbaik pula dimenangi Dexter Dylen Dustan dari Sabah manakala Anugerah Pilihan Juri Terbaik diraih Aldrin Grame dari Sarawak.

Anugerah Material Terbaik dimenangi peserta Sabah, Mary Jane Bernad manakala Boyd Petrus Pensin meraih Anugerah Peragaan Terbaik.

Peserta dari Wilayah Persekutua­n Labuan, Mohammad Freeze Adnan memenangi Anugerah Dandanan Terbaik.

Seorang lagi peserta dari Sabah, Shahri Matair membawa pulang Anugerah Tatarias Terbaik.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Zamri Md Esa dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan, Mahathir Abd. Hamid.

 ??  ?? NORFIAZAH (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Boyd Petrus Pensin yang mejuarai Rekaan Fesyen BAF 2016 sambil diperhatik­an Mahathir (kiri).
NORFIAZAH (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Boyd Petrus Pensin yang mejuarai Rekaan Fesyen BAF 2016 sambil diperhatik­an Mahathir (kiri).
 ??  ?? YUNUS menyampaik­an hadiah johan kepada Kumpulan Kumala dari Wilayah Persekutua­n Labuan.
YUNUS menyampaik­an hadiah johan kepada Kumpulan Kumala dari Wilayah Persekutua­n Labuan.
 ??  ?? (gambar kiri) KUMPULAN Cucu Cicit Dayang Kabung Mukah Sarawak menerima hadiah Penandak Terbaik daripada Yunus diperhatik­an dari kiri Mahathir, Zamri dan Azhar.
(gambar kiri) KUMPULAN Cucu Cicit Dayang Kabung Mukah Sarawak menerima hadiah Penandak Terbaik daripada Yunus diperhatik­an dari kiri Mahathir, Zamri dan Azhar.
 ??  ?? PEMENANG Dandanan Terbaik menerima hadiah daripada Norfiazah.
PEMENANG Dandanan Terbaik menerima hadiah daripada Norfiazah.
 ??  ?? (gambar atas) PEMENANG Material Terbaik Rekaan Fesyen BAF 2016 menerima hadiah daripada Norfiazah.
(gambar atas) PEMENANG Material Terbaik Rekaan Fesyen BAF 2016 menerima hadiah daripada Norfiazah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia