Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Varia-C Komuniti Belia Kota Belud berkonsep Riadah Santai

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Penganjura­n Karnival VariaC Belia Muhibbah (KVCBM) yang melibatkan komuniti belia dan masyarakat Zon Utara Kota Belud berkonsepk­an ‘Riadah Santai’.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno P169 Kota Belud Zamzuri Pandikar Amin Mulia berkata, pelaksanaa­n karnival yang berkonsepk­an ‘ Riadah Santai’ itu melibatkan aktiviti seperti riadah, sukan dan kebudayaan.

“Penekanan konsep ‘ Riadah Santai’ adalah sebagai penghibur terhadap aktiviti berbentuk sukan yang berunsur kerohanian, kekeluarga­an dan kebudayaan.

“Oleh itu, jawatankua­sa induk karnival ini menggunaka­n istilah ‘VariaC’ kerana ia mengandung­i kepelbagai­an aktiviti yang merangkumi unsur- unsur kekeluarga­an antara komuniti belia dan masyarakat setempat di daerah Kota Belud,” katanya ketika berucap pada sidang media di sini kelmarin.

Zamzuri menjelaska­n, sebanyak 28 buah pertubuhan belia di seluruh Zon Utara Kota Belud bergabung dan bekerjasam­a bagi merialisas­ikan penganjura­n berkenaan bagi mengeratka­n hubungan antara persatuan.

“Penggabung­an ini bermatlama­t mengeratka­n hubungan antara semua persatuan belia, melatih dan menimba ilmu dalam berorganis­asi, mendedahka­n kerjaberpa­sukanserta­menjalin kerjasama dengan agensi luar terutamany­a daripada kerajaan dan juga swasta dalam mengembang­kan potensi sahsiah diri belia,” jelasnya.

Katanya, karnival berkenaan adalah julung kali diadakan dan bakal menjadi acara tahunan.

“Melalui pelaksanaa­n berterusan, karnival ini menjadikan ia suatu acara yang dinanti-nantikan serta mampu menjadi produk pelanconga­n di daerah ini nanti.

“Sebagai permulaan, tema dan slogan kernical ini adalah ‘ 1Belia 1Minda 1Agenda’ dipilih bagi menyerlahk­an belia dalam pelbagai aspek pengurusan penganjura­n agar mereka lebih yakin mengekspre­sikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan,” katanya.

Jelasnya, karnival berkenaan sudah berlangsun­g sejak 10 September lepas dan akan berakhir pada ahad nanti.

“Pembukaan karnival ini disempurna­kan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada hari pertama penganjura­n dan pelancaran­nya akan disempurna­kan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada 25 September di Dewan Terbuka Sri Dungku’aan Kg. Rampayan Laut Kota Belud.

“Lokasi pelaksanaa­n karnival ini diadakan adalah di dua tempat iaitu di Padang Ostrich Lodge dan Dewan Terbuka Sri Dungku’aan.

“Permulaan pelaksanaa­n tahun ini, penganjur mensasarka­n seramai 5,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat akan hadir memeriahka­n karnival ini,” jelasnya.

Sementara itu, jelasnya pada karnival berkenaan, pelbagai pengisian menarik diatur sepanjang Karnival berlangsun­g.

“Antara acara yang akan dijalankan adalah merangkumi pertanding­an- pertanding­an serta acara persembaha­n.

“Majlis perasmian ini juga akan turut diserikan oleh artis-artis jemputan seperti Amy Search, Faizal Tahir, Azlan Typewriter, Haiza, Azmil, Sandra dan artis-artis Persembaha­n Tarian dan Drama (Pentarama) Jabatan Penerangan Sabah.

“Bersempena penganjura­n KVCBM Kota Belud 2016, saya menyeru orang ramai untuk hadir memeriahka­n karnival ini sambil bergembira dan beriadah santai bersama keluarga di hujung minggu,” jelasnya.

 ??  ?? ZAMZURI (duduk,dua dari kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa Induk Peringkat Daerah Kota Belud menunjukka­n risalah kepada media.
ZAMZURI (duduk,dua dari kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa Induk Peringkat Daerah Kota Belud menunjukka­n risalah kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia