Utusan Borneo (Sabah)

Batik jenama ‘ Warni Aurora’ rekaan pelajar UMK dilancar

-

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melancarka­n batik berjenama ‘Warni Aurora’ rekaan pelajarpel­ajar universiti tersebut sempena malam penutup Minggu Fiesta Batik 2016 di Dewan Keusahawan­an UMK di sini, malam Selasa.

Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed berkata ia dihasilkan oleh dua syarikat milik pelajarpel­ajar dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK iaitu Qarya Art Studio dan Futurizz Venture yang bernaung di bawah projek BEEHIVE-UMK.

Mortaza berkata Qarya Art Studio mereka corak batik tersebut manakala penghasila­n barangan pula dikelolaka­n Futurizz Venture.

“Qarya Art Studio mengorak langkah yang lebih drastik sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmat­an rekaan corak batik dan menyasarka­n akan menjadi pilihan kepada pengusaha batik di seluruh Kelantan dan luar negeri dengan visi untuk memartabat­kan batik warisan Melayu.

“Terbaharu, syarikat ini sudah berjaya bekerjasam­a dengan produksi milik pelakon Erma Fatima dan akan menjadi pembeli segala hasil syarikat untuk dipasarkan di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu di sini.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching.

Ditanya mengenai Minggu Fiesta Batik itu, Mortaza berkata sebanyak RM400,000 jualan direkodkan dan merupakan satu contoh yang baik untuk industri batik di negeri itu.

“Kejayaan itu bukan bermakna UMK mahu bersaing dengan pembatik kerana UMK sebenarnya boleh memberi sokongan dari segi kreativiti. Kita juga mempunyai kepakaran bagi membantu pembatik memproses hasil mereka tanpa mencemarka­n alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Mary berkata projek berkenaan adalah selaras dengan pelan pendidikan negara yang mahu melahirkan graduan yang holistik dan berciri keusahawan­an.

“Program seperti ini memang menjana banyak pendapatan selain mempunyai elemen kreativiti serta inovasi,” katanya.Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (dua, kiri) bergambar bersama kakitangan dan pelajar ketika hadir merasmikan majlis penutup Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016 di Dewan Keusahawan­an, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)...
Gambar BERNAMA TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (dua, kiri) bergambar bersama kakitangan dan pelajar ketika hadir merasmikan majlis penutup Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016 di Dewan Keusahawan­an, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)...
 ?? - Gambar BERNAMA ?? TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (dua, kanan) melihat batik yang ditunjukka­n oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Mortaza Mohamad ketika hadir merasmikan majlis penutup Minggu Fiesta Batik...
- Gambar BERNAMA TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (dua, kanan) melihat batik yang ditunjukka­n oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Datuk Dr Mortaza Mohamad ketika hadir merasmikan majlis penutup Minggu Fiesta Batik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia