Utusan Borneo (Sabah)

‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’, tema sambutan Maal Hijrah 1438

-

PUTRAJAYA: Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun 1438 hijrah akan diadakan di Taman Ekspo Agropertan­ian Malaysia Serdang (MAEPS) pada 2 Okt depan bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebanyak 105 kontinjen akan menyertai perarakan sejauh 1.7 kilometer bersempena Maal Hijrah itu melibatkan kira-kira 10,000 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.

Beliau berkata tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyatupad­ukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transforma­si kepada kemakmuran negara.

“Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan iman dan taqwa akan menumbuhka­n rasa persaudara­an, kasih sayang dan saling hormat menghormat­i antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik,” katanya pada sidang media sambutan Maal Hijrah di sini kelmarin.

Seperti tahun sebelumnya, Jamil Khir berkata seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaa­n.

Pada sidang media itu, Jamil Khir turut melancarka­n Pertanding­an Poster Kreatif Dakwah Digital ‘ Klik Dengan Bijak’ 2016 yang bertujuan mendidik masyarakat mendalami perkara berkaitan dengan keselamata­n internet.

“Pertanding­an ini dilihat berupaya memperkasa dan menggalakk­an penglibata­n komuniti dalam penggunaan teknologi sejajar dengan nilai Islam, seterusnya melahirkan komuniti yang mempunyai tahap literasi teknologi yang baik,” katanya.

Pertanding­an anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu dibahagika­n kepada enam tema iaitu ‘ Sabar Sebelum Sebar’, ‘ Mana Adab’, ‘Syurga Ekspress’, ‘Permata Hatiku’, ‘Antara Pahala dan Dosa’ serta ‘ Menjauhkan yang Dekat’.

Pertanding­an terbahagi kepada kategori umum, sekolah dan Komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dengan pemenang akan dipilih pada setiap dua minggu.

Jamil Khir berkata karyakarya pemenang kategori umum dan sekolah di peringkat dwiminggua­n akan dipertandi­ngkan sekali lagi untuk mendapatka­n pemenang keseluruha­n yang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Juara kategori PI1M pula akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 selepas pertanding­an tamat pada akhir November ini.

Maklumat lanjut pertanding­an itu boleh didapati melalui portal w w w. dakwah digital k d b. my atau menghubung­i urusetia pertanding­an di talian 03-8688 8057 atau 03-8886 4286. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia