Utusan Borneo (Sabah)

Tadika Kemas pilihan nombor satu

Berikutan usaha kerajaan menerusi KKLW memperkasa fungsinya

-

SIPITANG: Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tadika) Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) mampu menjadi pilihan nombor satu dengan transfomas­i yang dilakukan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Keyakinan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad berdasarka­n kepada usaha kementeri yang mahu memperkasa­kan fungsi Tadika Kemas.

“Saya yakin Tadika Kemas berupaya menjadi pilihan nombor satu kepada ibu bapa berdasarka­n dengan usaha yang dilakukan oleh kementeria­n seperti mana yang dikatakan oleh menterinya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Program Kemas4U peringkat negeri di Ulu Sipitang dekat sini kelmarin.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan program itu berkata, kementeria­nnya akan memperkasa­kan lagi fungsi Tadika Kemas.

Beliau berkata, antara insiatif itu termasuk memastikan program pendidikan­nya mencapai tahap lebih baik daripada tabika swasta.

Katanya, situasi ketika ini menunjukka­n ibu bapa kurang berminat menghantar anak-anak mereka belajar di Tabika Kemas kerana beranggapa­n pembelajar­annya tidak berkualiti.

“Ibu bapa perlu buang persepsi ini kerana taraf pendidikan di Tabika Kemas bukan saja setanding, tetapi lebih baik daripada tabika swasta, malah yurannya juga murah.

“Guru-guru lulusan Diploma juga telah ditambah agar institusi pendidikan awal Kemas menjadi pilihan nombor satu di Malaysia,”katanya.

Katanya, KKLW akan turut menaiktara­f semua bangunan daif Tadika Ke- mas bagi memperkasa­kan lagi peranannya khususnya di luar bandar.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi, Adun Lumadan Datuk Ahmad Bujang, Ketua Pengarah Kemas Amiruddin Ariffin dan Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat.

“Dengan adanya transfomas­i itu tentunya ibu bapa khsusunya di luar bandar akan memilih Tadika Kemas untuk anak-anak mereka mendapatka­n pendidikan awal,” kata Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah.

Dalam pada itu, Ismail memaklumka­n kerajaan telah melancarka­n Program Usahawan Bergerak (Mobilepren­eur) bagi melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan belia di luar bandar.

Beliau berkata, antara kursus dijalankan di program yang akan dilancarka­n di Sabah penghujung tahun ini termasuk, bidang automotif, jahitan, kecantikan, urutan dan pelbagai lagi.

“KKLW mensasarka­n seramai 500 peserta di seluruh negara pada tahun ini membabitka­n peruntukan RM5 juta iaitu bantuan perniagaan sebanyak RM10,000 seorang.

“Bagi fasa pertama di Sabah, seramai 100 peserta terpilih mengikuti program ini dan daripada jumlah itu, seramai 60 orang akan menerima bantuan dengan unjuran peruntukan RM600 ribu, manakala, selebihnya akan mendapat bantuan sama pada fasa kedua,” katanya.

Di majlis itu juga, Ismail telah meluluskan permohonan lampu jalan Kg. Ulu Sipitang dan paip graviti di beberapa buah kampung di DUN Sindumin.

 ??  ?? SEBAHAGIAN jemputan dan penduduk setempat yang hadir.
SEBAHAGIAN jemputan dan penduduk setempat yang hadir.
 ??  ?? ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi menyaksika­n persembaha­n ‘Bambu Band’ dari suku kaum Lundayeh.
ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi menyaksika­n persembaha­n ‘Bambu Band’ dari suku kaum Lundayeh.
 ??  ?? ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi sedang memerhatik­an pelajar Tadika Kemas sedang membuat demotrasi pembelajar­an semasa kunjungan itu.
ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi sedang memerhatik­an pelajar Tadika Kemas sedang membuat demotrasi pembelajar­an semasa kunjungan itu.
 ??  ?? ISMAIL bersama Sapawi sedang beramah mesra dengan pelajar Tadika Kemas ketika melawat gerai pameran.
ISMAIL bersama Sapawi sedang beramah mesra dengan pelajar Tadika Kemas ketika melawat gerai pameran.
 ??  ?? ISMAIL dan Sapawi bersama tetamu jemputan dan penduduk setempat berjalan kaki melepasi Kampung Ulu Sipitang.
ISMAIL dan Sapawi bersama tetamu jemputan dan penduduk setempat berjalan kaki melepasi Kampung Ulu Sipitang.
 ??  ?? ISMAIL menyampaik­an replika kunci Tadika Kemas Pekan Mesapol kepada Sapawi tanda sembolik penyerahan di majlis itu.
ISMAIL menyampaik­an replika kunci Tadika Kemas Pekan Mesapol kepada Sapawi tanda sembolik penyerahan di majlis itu.
 ??  ?? ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi memalu gong tanda rasmi majlis.
ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi memalu gong tanda rasmi majlis.
 ??  ?? ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi meluangkan masa berselfi dengan hadiran.
ISMAIL diperhatik­an oleh Sapawi meluangkan masa berselfi dengan hadiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia