Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda digesa semai semangat patriotik

- Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

KUALA PENYU: “Generasi muda digesa menanamkan semangat patriotik disanubari mereka agar mereka tahu apa yang mereka perjuangka­n dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara,” kata pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan penutupan sambutan Hari Kemerdekaa­n Sekolah Kebangsaan Kampung Tempurong dekat sini kelmarin berkata terdapat generasi muda yang masih tertanya- tanya apa pentingnya semangat seumpama itu.

“Generasi muda ini tahu akan sejarah perjuangan pejuang terdahulu tetapi masih memiliki sepenuhnya semangat patriotik,” katanya.

Menurutnya generasi yang mempunyai semangat patriotik tidak akan merasa raguragu sebaliknya akan tampil segera dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Pada masa yang sama katanya, generasi itu akan mempertaha­nkan negara daripada cacian atau cubaan pihak tertentu yang mahu menggugat kesejahter­aan dan keharmonia­n rakyat negara ini.

“Generasi ini juga tidak akan terpedaya atau terpengaru­h dengan usaha pihak tertentu yang mahu mengajak mereka bagi mencetuska­n kekecohan di negara ini,” katanya.

Katanya, generasi yang memiliki semangat patriotik sepenuhnya akan mempastika­n kedaulatan negara terus kekal dan tidak akan digang- gugugat.

Isnin memberitah­u, generasi yang mudah dipengaruh­i dan dipergunak­an adalah mereka yang sebenarnya tidak mempunyai semangat patriotik.

Katanya, generasi itulah yang selalu dipergunak­an oleh pihak tertentu untuk mengancam kedaulatan ne- gara dengan mencetuska­n kekecohan.

Sehubungan dengan itu, beliau memberitah­u sambutan Hari Kemerdekaa­n yang dianjurkan pada peringkat sekolah merupakan pendekatan yang terbaik bagi mendekatka­n dan menanamkan semangat patriotik kepada generasi muda dan generasi masa depan.

Katanya, semangat patriotik itu wajar diperkenal­kan kepada generasi muda pada peringkat awal lagi.

“Kita mahu generasi muda dan generasi masa depan tidak merasa ragu-ragu dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara,” katanya lagi.

Beliau turut memuji usaha yang dilakukan oleh pihak SK Tempurong dan berharap kerjasama yang dijalinkan dalam menganjurk­an program tersebut bukan sahaja dapat dikekalkan tetapi terus diperkemba­ngkan.

 ??  ?? ISNIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar pada program penutupan sambutan Hari Kemerdekaa­n SK Tempurong.
ISNIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pelajar pada program penutupan sambutan Hari Kemerdekaa­n SK Tempurong.
 ??  ?? ISNIN merakamkan kenangan dengan penganjur program penutupan sambutan Hari Kemerdekaa­n SK Tempurong.
ISNIN merakamkan kenangan dengan penganjur program penutupan sambutan Hari Kemerdekaa­n SK Tempurong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia