Utusan Borneo (Sabah)

AS pamer kekuatan tentera di Korea Selatan

-

SEOUL: Sebuah pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat (AS) telah mendarat di Korea Selatan semalam dalam satu pertunjuka­n kuasa menurut AS sebagai bertujuan untuk memperinga­tkan Pyongyang tentang aset tentera kuatnya di wilayah.

Tindakan muncul sehari selepas Korea Utara mendakwa ia telah berjaya menguji satu enjin roket baharu berkuasa tinggi yang menurut Selatan sebagai direka bagi menunjukka­n perkembang­an terhadap mencapai satu misil jarak jauh.

Rakaman televisyen menunjukka­n dua buah pesawat supersonik B- 1B Lancers terbang rendah di Pangkalan Udara Osan AS di Pyeongtaek, 64 kilometer di selatan Seoul.

Salah sebuah dari pesawat telah terbang semula ke Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam, sementara yang satu lagi telah mendarat di Osan, menurut agensi berita Yonhap.

“Ikatan di antara Amerika Syarikat dan Republik Korea ( Korea Selatan) telah diperkukuh­kan dan kekuatan komitmen itu tidak akan tergugat dengan sikap agresif Korea Utara,” menurut leftenan Jeneral Thomas W. Bergeson dari Pasukan Tentera Udara AS.

“Apa yang kami tunjukkan pada hari ini sekadar salah satu peralatan yang kami telah pilih daripada himpunan luas pili- han lain yang kami miliki.

“Pakatan menjadi semakin kuat setiap hari dan kami kekal bersedia untuk mempertaha­nkan dan bagi mengekalka­n keselamata­n Semenanjun­g Korea dan wilayah,” menurut beliau.

AS telah menerbangk­an dua buah pesawat ke Korea Selatan pada minggu lepas, beberapa hari selepas ujian nuklear kelima oleh Utara, namun mereka pulang segera ke Guam.

Pengkritik telah menolak tindakan itu sebagai penunjuk bagi keadaan yang semakin pantas dalam masa bagi program ujian nuklear dan misil di Korea Utara.

Ia adalah tidak jelas berapa lama Lancer yang mendarat di Osan akan berada di situ.

Pesawat B- 1B Lancer merupakan pengebom strategik dengan empat enjin yang boleh mencapai kelajuan Mach 2.

Ia adalah berkemampu­an untuk membawa timbunan paling besar bagi senjata panduan dan tanpa panduan di dalam inventori Pasukan Tentera Udara AS.

“Ia boleh segera menghantar kuantiti yang besar bagi senjata dengan ketepatan dan tanpa ketepatan terhadap manamana lawan, di mana sahaja di dunia, pada bila-bila masa,” Pasukan Tentera AS Korea berkata dalam satu kenyataan media. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PESAWAT B-1B Lancer mendarat di pangkalan tentera udara Osan di Pyeongtaek, semalam.
— Gambar AFP PESAWAT B-1B Lancer mendarat di pangkalan tentera udara Osan di Pyeongtaek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia