Utusan Borneo (Sabah)

Protes antipolis jadi ganas, 12 pegawai cedera

-

WASHINGTON: Seramai 12 pegawai cedera semasa protes berterusan di bandar Carolina Utara susulan kematian seorang lelaki kulit hitam yang ditembak polis, menurut para pegawai semalam.

Penunjuk perasaan berkumpul lewat kelmarin dekat kompleks pangsapuri di bandar Charlotte di mana kejadian itu berlaku, membawa papan tanda tertera ‘Nyawa Kulit Hitam Penting’ dan melaung ‘tiada keadilan, tiada keamanan’, lapor televisyen tempatan.

Media melaporkan ratusan orang berkumpul untuk memprotes selepas kematian Keith Lamont Scott, warga kulit hitam yang ditembak mati pegawai polis juga kulit hitam.

“Kira- kira 12 pergawai cedera.

“Seorang pegawai terkena tikam batu di muka,” menurut Jabatan Polis Charlotte-Mecklenber­g dalam Twitter.

Kenyataan berasingan polis berkata, para pegawai cedera ketika ‘ bekerja melindungi komuniti semasa demonstras­i’.

Laporan akhbar mengatakan sejumlah orang awam turut cedera.

WSOC- TV melaporkan anggota polis memakai seragam antirusuha­n dan menggunaka­n gas pemedih mata ketika cuba meleraikan orang ramai yang marah, yang menurut pihak berkuasa menyerang dan merosakkan beberapa buah kereta polis.

Pertelingk­ahan berterusan tetapi jumlahnya semakin berkuranga­n, hingga awal pagi semalam.

Laporan berita berkata, pegawai yang terlibat dalam tembakan maut itu, Brentley Vinson, telah diarahkan mengambil cuti berbayar.

Stesen televisyen itu melaporkan bahawa Vinson dan pegawai lain sedang mencari suspek atas waran tangkap yang tertangguh.

Polis bertemu Scott, bukan orang yang dicari, di dalams ebuah kereta yang diparkir di bangunan itu.

Para pegawai berkata, dia memiliki senjata api tetapi ia bukan haram di bawah undang-undang tempatan.

Konfrontas­i tercetus dan anggota polis yang mendakwa berasa terancam dengan Scott, melepaskan tembakan yang membunuhny­a.

Laporan berita menyatakan usianya 43 tahun.

Sanak saudara mangsa yang ditemu bual media tempatan menegaskan mangsa bukannya membawa senjata api sebaliknya memegang sebuah buku ketika ditembak mati.

Datuk Bandar Charlotte Jennifer Roberts merayu agar semua pihak bertenang dan menjamin siasatan penuh akan dijalankan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia