Utusan Borneo (Sabah)

Rancang serangan, dua sepupu kena 30 dan 21 tahun

-

CHICAGO: Seorang anggota tentera dan sepupunya dijatuhkan hukuman penjara kelmarin setelah disabitkan merancang untuk menyerang pangkalan tentera subbandar Chicago dan menyebabka­n kematian beramai-ramai.

Kedua- dua lelaki itu mengaku bersalah pada Disember 2015 atas tuduhan bersekongk­ol untuk menyediaka­n bantuan barangan bagi kumpulan militan Islamic State (IS).

Hasan Edmonds, 24, merupakan anggota dalam pasukan Pengawal Negara Amerika Syarikat (AS) ketika dia mula berkomunik­asi secara dalam talian pada Januari dengan seorang ejen FBI yang mengaku sebagai seorang pejuang IS di Libya.

Edmonds telah mengaku memberikan nasihat militan mengenai cara untuk menentang dan mengalahka­n tenteraAS, menurutper­janjian rayuan.

Dia mengakui bersedia untuk melancarka­n satu serangan di AS bersama sepupunya Jonas Edmonds, 31.

Edmonds dan sepupunya mula bertemu dengan ejen penyamaran lain pada Mac yang menyamar kononnya mahu membantu Edmonds merancang satu perjalanan ke Mosul, Iraq bagi menyertai kumpulan IS.

Mereka turut membincang­kan satu rancangan bagi Jonas untuk menggunaka­n pakaian seragam sepupunya bagi menyerang pangkalan di Joliet, Illinois di mana Edmonds telah ditugaskan.

Jonas menyatakan dia mahu ejen yang menyamar itu bagi membantu dia mencapai satu kiraan mayat sebanyak 100 hingga 150 orang.

Dalam keputusan mahkamah kelmarin oleh Hakim Daerah AS John Lee, Edmonds telah menerima satu tempoh hukuman penjara selama 30 tahun sementara Jonas mendapat 21 tahun.

Kedua- dua mereka merupakan warganegar­a AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia