Utusan Borneo (Sabah)

CUEPACS dedah skim pemberian pinjaman tanpa slip gaji kepada penjawat awam

-

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) mendedahka­n terdapat bank di negara ini yang menawarkan skim pemberian pinjaman tanpa slip gaji kepada penjawat awam.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata skim itu akan menjerumus penjawat awam berdepan masalah bankrap selain timbulnya isu kemiskinan tegar dalam kalangan mereka.

“Melalui skim ini, penjawat awam dibenarkan membuat pinjaman dengan bank dan potongan terus pada akaun di bank akan dibuat...bakal pesara atau yang sudah bersara juga dibenarkan membuat pinjaman dalam tempoh 10 tahun.

“Setakat ini, kita ada menerima aduan di mana pesara hanya menerima pencenRM40­0 manakala bakinya dipotong oleh pihak bank,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan Dwi Tahunan Perkhidmat­an Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjun­g Malaysia (PACSU) di sini, kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yangturut dihadiri Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Datuk Seri Zulkifli Abdullah dan Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff.

Justeru, Azih meminta kerajaan dan Bank Negara supaya campur tangan dalam perkara berkenaan bagi mengetahui mengapa pihak bank membenarka­n pembiayaan kepada penjawat awam tanpa meminta slip gaji serta melihat kelayakan untuk membuat pinjaman.

“Macam mana mereka ( penjawat awam) mahu teruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi semakin mencabar ini sekiranya institusi kewangan hanya memikirkan keuntungan, perkara ini seolah-olah seperti meminjam daripada ah long yang tidak bersimpati dengan keadaan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan membawa perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam masa terdekat bagi mendapatka­n penjelasan lebih jelas berhubung isu itu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia