Utusan Borneo (Sabah)

Misi perkukuh hubungan dua hala M’sia dan Myanmar

-

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal Minyak Sawit dan Perkayuan ke Republik Kesatuan Myanmar selama dua hari sehingga kelmarin.

Delegasi terdiri wakilwakil daripada Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB).

Objektif misi ini adalah untuk mengukuhka­n perdaganga­n dua hala bagi minyak sawit dan produk berasaskan komoditi kayu ke Myanmar dan

meneroka kemungkina­n kerjasama dalam aktiviti pembanguna­n industri perkayuan di Malaysia - Myanmar selaras dengan aspirasi Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

Semasa misi itu, Nasrun akan merasmikan dan menyampaik­an ucaptama pada Seminar Teknikal MPOB ( MTecS) pada 20 September 2016.

Seminar ini akan memberi tumpuan kepada langkahlan­gkah yang diambil oleh Malaysia untuk memastikan keselamata­n minyak sawit.

Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk penyebaran maklumat mengenai khasiat minyak sawit, sifat dan kegunaan pelbagai minyak sawit Malaysia.

Selain itu, Nasrun akan mengadakan sesi dialog dengan Myanmar Timber Enterprise (MTE) daripada Kementeria­n Pemulihara­an Alam Sekitar dan Perhutanan, serta Myanmar Timber Merchants Associatio­n ( MTMA) Kementeria­n Perancanga­n Negara dan Pembanguna­n Ekonomi pada 21 September 2016.

Sepanjang misi itu, Nasrun juga akan mengadakan lawatan kerja ke syarikat-syarikat berasaskan minyak sawit dan kayu, iaitu Grand Wynn Enterprise Limited dan Myanmar Teak Wood Industries Co. Ltd.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengukuhka­n dan meneroka kemungkina­n kerjasama perdaganga­n komoditi di antara kedua negara.

Republik Kesatuan Myanmar merupakan destinasi eksport utama bagi produk komoditi Malaysia. Pada tahun 2015, eksport barangan komoditi kepada Myanmar bernilai RM594.24 juta.

Eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM550.88 juta, produk berasaskan getah di RM 26.71 juta, produk berasaskan kayu RM11.58 juta, koko dan produk berasaskan koko RM4.94 juta dan lada dan produk lada RM0.13 juta.

 ??  ?? NASRUN meninjau pameran produk sempena seminar itu.
NASRUN meninjau pameran produk sempena seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia