Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia akan terus menarik FDI ketika senario ekonomi global yang sukar

-

GEORGE TOWN: Malaysia berharap untuk menarik jumlah pelaburan langsung asing ( FDI) yang sama seperti tahun lepas walaupun persekitar­an ekonomi yang mencabar.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tahun lepas Malaysia mencatat RM39 bilion FDI.

Menurutnya, ekonomi Malaysia yang amat pelbagai, asas pembuatan yang kukuh, infrastruk­tur yang maju, dasar kerajaan yang proaktif dan tenaga kerja yang berbilang bahasa adalah antara sebab pelabur terus melihat Malaysia sebagai pusat keuntungan.

“Saya percaya kita boleh mengulangi apa yang kita capai tahun lepas dari segi FDI dan sebahagian besar daripada mereka adalah daripada sektor perkhidmat­an dan pembuatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan sesi dialog dengan 14 syarikat berpangkal­an di Pulau Pinang di sini, kelmarin.

Mustapa berkata, Asia akan menjadi sumber baharu FDI pada masa depan manakala pelabur dari Eropah dan AS akan terus melihat Malaysia sebagai destinasi terbaik mereka.

Menurutnya, tahun ke tahun, FDI meningkat kepada RM12.8 bilion pada suku pertama 2016 daripada RM10 bilion dalam tempoh yang sama 2015.

Bagaimanap­un, Mustapa berkata, penutupan sebahagian syarikat pembuatan di Malaysia tidak akan menyebabka­n pembuangan pekerja yang lebih ramai.

Katanya, dalam tempoh 18 bulan lalu, 90,000 pekerjaan baharu daripada sektor pembuatan diwujudkan berbanding hanya 10,000 dalam tempoh yang sama.

“Perubahan radikal dan menimbulka­n gangguan disebabkan evolusi digital telah memberi kesan kepada cara perniagaan dijalankan.

“Penutupan banyak industri berintensi­fkan buruh, sama ada elektrik dan elektronik atau kenderaan bermotor, bukan tidak dijangka. Industri seumpama itu,

dalam banyak cara, telah kehilangan kelebihan perbanding­an dan daya saing.

“Menghentik­an pekerja adalah proses normal, sebahagian penyusunan semula industri kerana teknologi berubah dan syarikat cenderung untuk menyesuaik­an diri kepada teknologi baharu. Apa yang penting ialah lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan,” katanya.

Menteri itu berkata, Malaysia terus menjadi lokasi pilihan untuk pelaburan sebagaiman­a dicerminka­n oleh prestasi pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmat­an dan utama pada suku pertama 2016 yang mencatat 1,271 projek dengan pelaburan sebanyak RM37.3 bilion.

Untuk Pulau Pinang, Mustapa berkata, negeri itu akan terus menarik pelaburan dalam pelbagai industri termasuk aktiviti reka bentuk, penyelidik­an dan pembanguna­n serta produk diode memancarka­n cahaya.

Pada suku pertama tahun ini, Pulau Pinang menarik pelaburan diluluskan sebanyak RM1.34 bilion dalam 27 projek pembuatan.

Menurutnya, terdapat 34 projek yang sedang dirancang dengan nilai pelaburan RM1.67 bilion daripada sektor elektrik dan elektronik, peranti perubatan, kejenteraa­n dan kelengkapa­n, kimia serta

 ?? — Gambar Bernama ?? DIALOG: Mustapha (kiri) bersalam dengan wakil-wakil syarikat selepas mempengeru­sikan sesi dialog bersama wakil syarikat-syarikat di Pulau Pinang bagi membincang­kan hal-hal berhubung perniagaan mereka di George Town kelmarin.
— Gambar Bernama DIALOG: Mustapha (kiri) bersalam dengan wakil-wakil syarikat selepas mempengeru­sikan sesi dialog bersama wakil syarikat-syarikat di Pulau Pinang bagi membincang­kan hal-hal berhubung perniagaan mereka di George Town kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia