Utusan Borneo (Sabah)

MITI yakin jumlah dagangan meningkat 1-2% tahun ini

Kerajaan beri sokongan inisiatif yang berterusan, kata Chua

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yakin jumlah dagangan akan berkembang sebanyak satu hingga dua peratus tahun ini meskipun kelembapan ekonomi, dengan sokongan inisiatif berterusan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Datuk Chua Tee Yong berkata Julai mencatatka­n lebihan dagangan yang rendah pada RM1.91 bilion.

“Bagaimanap­un, kami yakin, Ogos dan September, dengan inisiatif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia mengadakan ekspo perdaganga­n dan melaksanak­an misi perdaganga­n, lebihan berkenaan akan meningkat.

“Bagaimanap­un, yang paling penting ialah bagi kita meneruskan usaha untuk mempelbaga­ikan perniagaan, meneroka pasaran baharu dan terus mewujudkan produk dan perkhidmat­an baharu yang akan memenuhi keperluan pasaran,” katanya kepada pemberita semasa Program Ramp-Up (RUP) di sini semalam.

RUP, yang merupakan inisiatif MATRADE, diadakan di LH Plus Sdn Bhd, pengeluar plastik, yang telah menamatkan program pembanguna­n syarikat peringkat pertengaha­n selama sembilan bulan.

Menurut Chua, program itu merupakan contoh usaha mempelbaga­ikan perniagaan dalam kalangan syarikat peringkat pertengaha­n, yang mempunyai hasil tahunan antara RM50 juta hingga RM500 juta dalam sektor pembuatan manakala RM20 juta hingga RM500 juta dalam sektor perkhidmat­an.

Beliau berkata walaupun syarikat multinasio­nal penting, kerajaan juga memberi tumpunan kepada menghasilk­an syarikat yang berjaya dalam kalangan syarikat peringkat pertengaha­n dan bagi meningkatk­an pertumbuha­n eksport mereka.

“Kami berharap mereka (syarikat peringkat pertengaha­n) akan meningkatk­an eksport mereka kepada 50 peratus menjelang 2023 daripada 36.66 peratus tahun lepas,” katanya.

Pada 2015, jumlah eksport bagi syarikat peringkat pertengaha­n di bawah program itu ( gelombang 1 dan 2) mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak RM1.52 bilion hingga RM5.67 bilion daripada RM4.15 bilion pada 2014.

Di bawah RUP, syarikat peringkat pertengaha­n dijangka mengembang­kan eksport mereka sebanyak tujuh peratus setahun.

Lebih 100 syarikat peringkat pertengaha­n terlibat dalam gelombang pertama dan kedua program itu yang diwujudkan 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia