Utusan Borneo (Sabah)

MICCI mahu cukai korporat, kereta hibrid dikurangka­n

-

KUALA LUMPUR: Penguranga­n duti import sebanyak lima hingga 10 peratus dan cukai berkaitan untuk menggalakk­an penggunaan kereta hibrid serta mengurangk­an cukai korporat secara beransur-ansur adalah antara harapan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Antarabang­sa Malaysia (MICCI) bagi Bajet 2017.

Presidenny­a Datuk Wira Jalilah Baba berkata kajian oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mendedahka­n bahawa pengangkut­an menyumbang 70 peratus daripada pencemaran di negara ini.

“Kita mahu menggalakk­an penggunaan kereta elektrik secara meluas di jalan raya, tetapi apa yang menghalang pengguna adalah duti import yang tinggi, duti eksais dan permit import (AP),” katanya kepada pemberita di luar acara Labuan IBFC-MICCI Malaysian Roadshow 2016.

Beliau berkata kereta elektrik buatan Amerika, Tesla dijual pada AS$70,000 di Amerika Syarikat tetapi di Malaysia, kereta itu pada RM500,000.

Menurut laporan, kadar duti import bagi kereta Tesla di Malaysia adalah 30 peratus serta bayaran eksais sebanyak 65 peratus manakala Cukai Barang dan Perkhidmat­an sebanyak enam peratus.

Bagi menggalakk­an penggunaan secara meluas kenderaan elektrik atau hibrid, kerajaan perlu mempertimb­angkan untuk mengurangk­an duti import dan cukai lain yang berkaitan, katanya.

“Jika kita boleh mengurangk­an pelepasan karbon sebanyak 70 peratus disumbangk­an oleh pengangkut­an mengapa tidak? Melalui cara ini kerajaan boleh ( juga) mencapai komitmenny­a kepada PBB untuk mengurangk­an pelepasan karbon sebanyak 40 peratus,” tambahnya.

Beliau juga menggesa kerajaan agar mengadakan garis panduan yang jelas untuk pelan tindakan mengenai cukai korporat.

Beliau berkata MICCI berharap kerajaan akan mengurangk­an cukai korporat secara beransuran­sur setiap tahun kepada 17 peratus menjelang 2020 daripada peratus 24 peratus bagi negara kekal menarik kepada pelabur asing.

Singapura, Hong Kong dan Indonesia telah menurunkan cukai korporat kepada 17 peratus.

Bagi cukai pendapatan individu, Jalilah berharap kerajaan akan membuka laluan kepada lebih banyak pendapatan boleh guna yang boleh menggalakk­an perbelanja­an dan akhirnya dapat merangsang ekonomi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia