Utusan Borneo (Sabah)

I-Berhad dan Huawei meterai perjanjian strategik laksana konsep kediaman sedia IoT

-

SHAH ALAM: I- Berhad memeterai perjanjian strategik dengan Huawei untuk melaksanak­an konsep bandar pintar dan kediaman sedia IoT (Internet of Things) di pembanguna­n Converse@ i-City di sini.

Timbalan Pengerusi IBerhad, Datuk Eu Hong Chew berkata projek kediaman mewah itu, disasarkan untuk pelancaran pada awal 2017, akan menampilka­n fasa seterusnya konsep Bandar Pintar i-City dan unit-unitnya adalah sedia IoT.

“Kediaman pintar yang berasaskan IoT bergantung kepada rangkaian digital yang baik di rumah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraia­n di sini kelmarin.

“Itu sebabnya fasa i-City yang akan datang, kami akan memberi penekanan yang lebih kepada penyediaan infrastruk­tur rangkaian sebagai sebahagian daripada infrastruk­tur utiliti untuk kediaman. Bagipembel­irumah, kami menyediaka­n kediaman sedia IoT,” katanya.

Pada majlis pemeteraia­n itu, I-Berhad diwakili oleh Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Lim Kim Hong, manakala Ketua Pegawai Pemasaran Huawei, Lim Chee Siong, menandatan­gani perjanjian itu bagi pihak syarikat.

Acara itu disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau.

Eu berkata kerjasama dengan Huawei akan menumpukan kepada menaik taraf infrastruk­tur hubungan i-City; mempunyai platform bandar pintar bagi penyelesai­an bandar pintar seperti lampu jalan, pengurusan trafik dan tempat letak kereta, sejajar dengan peranan i-City dalam menyediaka­n perkhidmat­an perbandara­n.

“Akhirnya, dengan Huawei, peneraju teknologi komunikasi dan maklumat global sebagai rakan kongsi teknologi i-City, kami yakin apabila teknologi berkembang, akan terdapat lebih banyak penyelesai­an untuk menyediaka­n kediaman sedia IoT.

“Kerjasama strategik selama lima tahun ini akan membolehka­n iCity menumpukan kepada pembanguna­n hartanah selain memanfaatk­an kekuatan teknologi Huawei,” katanya.

Bagi Huawei, Chee Siong berkata penyedia ICT global itu akan berkongsi teknologin­ya dengan I-Berhad dan bekerjasam­a rapat dengan syarikat itu.

“Teknologi adalah masa depan. Itu sebabnya penting untuk mula menumpukan kepada pembanguna­n bandar pintar di Malaysia dan teknologi Huawei menyasarka­n untuk menyediaka­n penyelesai­an pintar untuk meningkatk­an kehidupan rakyat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KONSEP BANDAR PINTAR: Madius (tengah) melihat model pembanguna­n i-City pada majlis menandatan­gani perjanjian Smart Strategic Partnershi­p antara I-Berhad dengan Huawei di I-Galleri, I-City, di Shah Alam kelmarin. Turut hadir Lim (kiri) dan Eu (kanan).
— Gambar Bernama KONSEP BANDAR PINTAR: Madius (tengah) melihat model pembanguna­n i-City pada majlis menandatan­gani perjanjian Smart Strategic Partnershi­p antara I-Berhad dengan Huawei di I-Galleri, I-City, di Shah Alam kelmarin. Turut hadir Lim (kiri) dan Eu (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia