Utusan Borneo (Sabah)

Hayati, fahami pengertian ibadah korban

-

SEMPORNA: Ibadah korban yang dilaksanak­an oleh umat Islam diharap dapat dihayati sepenuhnya dan dilihat dari perspektif yang luas bagi seluruh umat Islam memantapka­n tahap pengorbana­n diri kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Ketua Usia bahagian Semporna Datuk Razak Tun Sakaran, adalah amat penting bagi umat Islam memahami maksud dan pengertian di sebalik sejarah penting itu terhadap kehidupan seharian sebagai umat Islam sejati.

Katanya, menerusi kefahaman serta penghayata­n yang mendalam berhubung amalan itu, ia bukan sahaja mampu mendorong seseorang itu untuk memiliki sikap serta jati diri mapan, malah memberi manfaat kepada masyarakat termasuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m sesama umat Islam.

“Umat Islam perlu menghayati dan memahami pengertian ibadah korban dalam kehidupan seharian bagi membolehka­n mereka mempunyai jati diri yang kuat bagi menghadapi cabaran semasa,” katanya ketika.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis korban bersama penduduk Kampung Sum Sum, Semporna dan majlis penyampaia­n alat bantuan mengajar di Komuniti Bohey Dulang, dekat sini baru baru ini.

Menurut Razak yang juga Bendahari Umno bahagian Semporna, masyarakat Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang menuntut mereka agar lebih bersedia menghadapi segala kemungkina­n masa depan sekali gus bersedia berkorban demi agama, bangsa, negara.

“Bagi membina negara bangsa yang aman makmur dan terus membangun rakyat khususnya masyarakat Islam perlu bersatu padu dengan mengenapik­an sikap negetif yang boleh membawa kepada perpecahan yang boleh menjejaska­n masa depan negara,” katanya.

Menurut beliau, semangat hormati mengormati antara satu sama lain walaupun rakya di negara ini terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaa­n merupakan eleman penting memelihara perpaduan dan merupakan perkara asas kepada pencapaian kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini.

Tambah Razak yang juga Ahli Majlis Tertinggi Usia, dalam aspek kemasyarak­atan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat.

“Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di antara satu sama lain.

Katanya, sikap bekerjasam­a dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingk­an diri sendiri.

“Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaru­hi masyarakat,” katanya.

 ??  ?? RAZAK ketika menyerahka­n bantuan peralatan pendidikan kepada wakil dari Komuniti Bohey Dulang pada majlis itu.
RAZAK ketika menyerahka­n bantuan peralatan pendidikan kepada wakil dari Komuniti Bohey Dulang pada majlis itu.
 ??  ?? RAZAK berdiri (enam dari kanan) turut menyaksika­n penduduk kampung bergotong royong melakukan penyembila­han lembu pada majlis korban itu.
RAZAK berdiri (enam dari kanan) turut menyaksika­n penduduk kampung bergotong royong melakukan penyembila­han lembu pada majlis korban itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia