Utusan Borneo (Sabah)

‘Aliff Dalam 7 Dimensi’ ~ antara logik akal dan sains moden

-

MENGAMBIL tagline ‘Kau Belum Kenal Aku Siapa’, Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D) sebuah filem aksi supernatur­al memaparkan kisah remaja yang menjejak entiti paranormal.

Filem yang kini ditayangka­n di pawagam sejak 8 September ini telah mendapat sentuhan pengarah berbakat besar iaitu Faisal Ishak. Satu majlis Pra-Tonton diadakan di GSC, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri barisan pelakon, penerbit dan pengarah.

Filem yang menjalani penggambar­an di sekitar Lembah Klang selama 25 hari ini, menampilka­n gandingan pelakon muda seperti Izzue Islam, Juliana Evans dan Alif Satar bagi teraju utama. Malah filem ini turut dibintangi oleh Kaka Azraff, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, Man Kadir dan ramai lagi.

Menariknya tentang filem ini, ia berjaya memaparkan visual adeganadeg­an pertarunga­n yang membabitka­n imej-imej seperti entiti saka yang ‘dihidupkan’ dengan menggunaka­n tekniktekn­ik CGI (kesan khas visual).

Selain teknik-teknik kesan khas yang mewarnai visual AD7D, filem ini turut dihidupkan lagi dengan audio yang melatari bunyi adegan-adegan di sepanjang perjalanan filem itu. Malah, di sebalik itu, keberkesan­an teknik solekan kesan khas juga turut memberi impak dan mampu menyakinka­n penghayata­n para penonton.

Apa yang lebih unik tentang filem AD7D ini, idea asal dan skripnya adalah datang daripada salah seorang penulis skrip filem ‘Polis Evo’ iaitu Anwari Ashraf dan dengan kerjasama Ashraf Zain.

Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar melahirkan hasrat agar filem ini diterima penonton.

“Jika merujuk pada sinopsis filem ‘Aliff Dalam 7 Dimensi’, pasti sebilangan penonton merasakan ini adalah sebuah filem seram kerana ia menampilka­n entiti makhluk halus, namun sebenarnya filem ini lebih mengetenga­hkan kepada merungkai sains moden dan kepercayaa­n logik akal,” katanya.

Tambahnya, filem ini semakin menarik apabila ia turut membawakan unsur misteri yang relevan dengan kepercayaa­n sesetengah masyarakat yang dijadikan subjek filem ini sekaligus dapat mendedahka­n kepada penonton untuk mengetahui kewujudan 7 dimensi, selain menggabung­kan unsur aksi, komersial, persahabat­an dan kekeluarga­an.

Selepas ‘Aliff Dalam 7 Dimensi’, Astro Shaw bakal muncul dengan filem ‘Kimchi Untuk Awak’ yang menemukan Aiman Hakim dan Emma Maembong sebagai teraju utama. Sementara itu, filem terbitan Astro Shaw yang sedang menjalani penggambar­an ialah filem aksi drama arahan pengarah Nasir Jani dan Seth Larney berjudul ‘Tombiruo’ yang menampilka­n Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda.

Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir filem ini, sila layari www. facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram rasmi kami. Pengguna laman sosial boleh menggunaka­n ‘hash tag’ #AD7D.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia