Utusan Borneo (Sabah)

30 peratus kanak-kanak peribumi tidak ke sekolah menengah

-

KUCHING: Kira-kira 30 peratus kanak-kanak peribumi di negara ini tidak melanjutka­n persekolah­an ke peringkat sekolah menengah, kata wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Malaysia Marianne Clark Hattingh.

“Malaysia hampir mencapai status pendidikan rendah sejagat, dengan kadar pencapaian 96 peratus, kejayaan yang boleh semua rakyat Malaysia banggakan namun di sebalik pencapaian ini, ada sesuatu yang tidak kena.

“Apabila kita menganalis­is dengan mendalam, jurang yang sangat besar masih wujud dalam kalangan masyarakat peribumi atau asli iaitu 30 peratus kanak-kanaknya tidak pernah melanjutka­n persekolah­an ke sekolah menengah berbanding purata ( peringkat) kebangsaan, empat peratus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidanga­n Pendidikan Penduduk Asal Malaysia Siri Kedua (MIPCE2) di Damai Beach Resort dekat sini pada Selasa.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Marianne berkata peratusan kanak-kanak penduduk asal Malaysia tidak melanjutka­n persekolah­an ke sekolah menengah sesuatu yang mengejutka­n dan percaya kanakkanak mendapat manfaat daripada pendidikan awal menggunaka­n bahasa ibunda masing-masing tidak tersenarai dalam kumpulan itu.

“Oleh itu adalah perlu untuk mencipta langkah-langkah yang spesifik dengan konteks tempatan dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak ini.

“Wujud kesinambun­gan antara budaya, identiti dan asal usul kanak-kanak peribumi ini termasuk kehidupan bakal mereka lalui,” katanya.

Justeru katanya, penganjura­n MIPCE2 ( 20- 22 September 2016) sangat penting kerana ia meraikan kejayaan dicapai dalam pendidikan penduduk peribumi sejak penganjura­n julung kalinya pada 2007 di Sabah.

Pada masa sama, merancang masa depan dengan persetujua­n bersama tentang cara meningkatk­an peluang-peluang pendidikan untuk kanak- kanak penduduk asal di negara ini.

“Artikel 13 Deklarasi PBB mengenai Hak- Hak Penduduk Asal Negeri, menegaskan mereka mempunyai hak untuk memulih semula, mengguna, membangun dan menurunkan bahasa ibunda, tradisi lisan, falsafah, sistem penulisan dan sastera kepada generasi seterusnya.

“Sebarang usaha mempromosi dan memulihkan bahasa ibunda penduduk asal mesti dimiliki oleh mereka sendiri, ini penting bagi memastikan­nya terus dipromosi serta dipulih dengan berkesan,” ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Penganjur MIPCE2 yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon Joyik berkata penganjura­n kali ini mendapat sambutan amat menggalakk­an dengan 282 peserta daripada pelbagai suku kaum peribumi Sarawak, Sabah termasuk Orang Asli di Semenanjun­g Malaysia menyertai persidanga­n berlangsun­g tiga hari itu.

“Bagi penganjur ini menggambar­kan kepentinga­n persidanga­n ini kepada penduduk asal di Malaysia terutama kini berdepan kehidupan moden, era globalisas­i dan ICT.

“Semua ini cederung menyebabka­n generasi muda lupa bahasa ibunda, seni, budaya, lagu, muzik, tradisi dan sebagainya iaitu identiti sebenar mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia