Utusan Borneo (Sabah)

Ugut ibu dengan pisau

Bekas banduan wanita mengamuk kerana tidak diberi wang

-

SIBU: Seorang bekas banduan wanita baharu keluar dari penjara ditahan oleh polis kerana bertindak mengugut ibunya sendiri dengan pisau pada Isnin.

Dalam kejadian pagi Isnin, polis dimaklumka­n oleh ahli keluarga suspek dan bertindak menahan wanita terbabit yang naik angin di sebuah rumah, Jalan Tiong Hua di sini.

Difahamkan, suspek dipercayai mula mengamuk selepas ibunya enggan memberikan wang kepadanya.

Wanita berumur 28 tahun itu dikatakan bertindak mengambil pisau sayur dan mengugut ibunya selepas permintaan­nya tidak dipenuhi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superinten­den Martin Koo ketika dihubungi memberitah­u satu laporan polis berhubung kes itu diterima oleh pihaknya pada Selasa.

Katanya, polis Unit Ronda Bermotorsi­kal (URB) sambil dibantu seorang anggota polis wanita bertindak menahan suspek yang kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Sungai Merah untuk tujuan pencegahan jenayah sekitar jam 10 pagi Isnin lalu.

“Polis bertindak menahan suspek kerana bertindak agresif dan mengamuk terhadap ahli keluargany­a,” katanya pada Selasa.

Menurutnya, ibu suspek diiringi ahli keluarga membuat laporan polis di Balai Polis Sentral tengah hari Selasa.

“Hari ini (Selasa) ibu suspek nekad membuat laporan polis kerana diugut oleh anaknya (suspek),” jelasnya.

Katanya, polis menangkap semula suspek kerana didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibu menggunaka­n pisau.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan (ugutan jenayah) dan akan direman,” jelasnya.

Martin berkata, polis juga merampas sebilah pisau sebagai bahan bukti.

Difahamkan, suspek baharu keluar dari penjara pada 1 Ogos lalu atas kesalahan berkaitan penyalahgu­naan dadah.

Polis bertindak menahan suspek kerana bertindak agresif dan mengamuk terhadap ahli keluargany­a. SUPERINTEN­DEN MARTIN KOO Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia