Utusan Borneo (Sabah)

Skim Pembentung­an fasa 2 siap tahun depan

Pairin turut lancar operasi bekalan air dari loji baharu di Bingkor

- Oleh JOHANAZIZ

KENINGAU: Projek Skim Pembentung­an fasa 2 yang menelan belanja hampir RM198 juta akan siap pada November 2017. Projek ini dimulakan pada November 2014.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang melakukan lawatan kerja ke projek ini di sini pada Selasa merasa puashati di atas kelancaran kerja-kerja projek ini.

Katanya, tujuan lawatan beliau bersama-sama dengan pegawai-pegawai atasan dari Kementeria­nnya adalah untuk melihat dan mempastika­n keadaan sebenar projekproj­ek pembentung­an dan juga bekalan air di daerah ini.

“Saya berpuashat­i dengan apa yang saya lawati setakat ini kerana memang kita ingin melihat dan ingin memastikan bahawa semua kerja-kerja projek di bawah kementeria­n saya berjalan dengan lancar.

“Perjalanan projek ini mendahului jadual yang memberi satu kesan dan gambaran yang baik bahawa projek ini dan kontraktor yang melakukan kerja-kerja mengikuti jadual dan kita begitu gembira kita sudah sampai ke tahap ini,” katanya kepada media selepas melawat projek ini.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, ini bererti bahawa apa yang sudah dijadualka­n projek ini siap tahun 2017 dan boleh berfungsi untuk menampung keperluan penduduk di daerah ini.

Katanya, projek ini juga merupakan satu petunjuk yang besar memandangk­an situasi kependuduk­an daerah ini turut bertambah selain keperluan sudah bertambah dan apa yang telah sediakan dahulu tidak boleh menampung lagi.

Menurut beliau, oleh kerana itu ada keperluan yang begitu mendesak untuk kementeria­nnya mempastika­n projek ini dipercepat­kan.

“Yang sebenarnya kita begitu gembira bahawa Skim Pembentung­an di Keningau ini bertujuan untuk menampung 100,000 orang yang setaraf dan ini amat besar sekali kalau dibandingk­an apa yang disediakan di daerah Tenom.

“Tenom pun memerlukan kapasiti yang besar. Hanya daerah itu terpaksa melalui fasa yang agak berlainan sedikit daripada di Keningau.

“Justeru kalaukitaa­mbilkira perancanga­n di Keningau ini kita sudah boleh nampak bahawa keperluan lebih daripada 100,000 PE agak perlu diberi pertimbang­an untuk ditetapkan jadual untuk pelaksanaa­nnya,” katanya.

Katanya, apa yang sudah dirancang untuk 100,000 PE pada 2025 dan sebelum itu pun perlu dimulakan projek pembinaan fasa yang berterusan yang juga boleh menampung sehingga 100,000 PE.

Pairin berkata, ini menunjukka­n satu perancanga­n yang mengambilk­ira pertambaha­n kegiatan ekonomi dan juga kependuduk­an di daerah ini.

“Kita berterima kasih kerana kita boleh lihat bahawa tapak yang diletakkan pada Skim Pembentung­an di daerah ini begitu luas dan saya fikir rakyat di sini merasakan bertuah kerana kita mempunyai satu projek yang menggunaka­n teknik yang moden dan canggih sehingga apabila kita melepaskan hasil daripada penyaringa­n semua itu di sungai ianya tidak membahayak­an apa-apa sama ada manusia, habitat lain dan sebagainya semua jadi bersih mengikut Standard Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, ini yang penting kerana kesihatan itu memang diutamakan dan mengharapk­an agar projekproj­ek kementeria­n yang lain ada yang sedikit lewat itu kerana masalah tanah misalnya dapat diselasaik­an dengan seberapa cepat yang boleh supaya akan dapat menyusuli jadual yang telah ditetapkan.

Terdahulu Pairin telah diberikan taklimat mengenai perkembang­an Skim Pembentung­an ini oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembentung­an JKR Sabah, Ir Edward Lingkapo dan Ketua Pengurus Projek 4 JKR, Max Chong Kok Howe.

Semasa lawatan ke loji air dan pemasangan rangkaian paip di Bingkor di sini, Pairin telah diberitahu bahawa projek telah siap mengikut jadual.

“Ini menyenangk­an kita dalam lawatan ini dan kita mahu tengok dengan lebih dekat lagi supaya kita akan dapat mengetahui tentang keadaan yang sebenar,” katanya.

Projek yang terletak di Bingkor dibina dengan kos hampir RM220 juta yang bermula pada November 2012 dan telah siap pada 17 Julai tahun ini.

Pairin juga turut melancarka­n sebagai memulakan operasi bekalan air dari loji baharu yang terletak di Bingkor di sini.

Pairin juga berharap melalui lawatan kerjanya sejak Isnin di Beaufort dan pada Selasa masing- masing di Tenom dan daerah ini akan dapat mengerakka­n lagi tindakanti­ndakan yang perlu digunakan untuk menyelasai­kan masalahmas­alah tertentu termasukla­h masalah yang dihadapi di Kuala Penyu.

Turut serta dalam lawatan itu Pembantu- Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Bobbey Ahfang Suan dan Datuk Haji Ghullam Haidar Bahadar, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Michael Emban, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Ir. Haji Amrullah Kamal, Pengarah Jabatan Air Sabah, Mohd Tahir Mohd Talib, Jurutera Jabatan Air Keningau, Ir. Tam Yin Foon dan Pegawai Daerah, Haji Yusop Haji Osman.

 ??  ?? LOJI air yang terletak di Bingkor yang membekalka­n bekalan air bersih penduduk daerah ini.
LOJI air yang terletak di Bingkor yang membekalka­n bekalan air bersih penduduk daerah ini.
 ??  ?? PAIRIN bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan dan pemimpin melawat ke tapak Skim Pembentung­an Keningau.
PAIRIN bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan dan pemimpin melawat ke tapak Skim Pembentung­an Keningau.
 ??  ?? PAIRIN bersama Bobbey (tiga kanan), Ghullam (tiga kiri), Michael (dua kanan), Yusop (kanan) dan pegawai dari Kementeria­n memotong riben sebagai gimik operasi air loji itu.
PAIRIN bersama Bobbey (tiga kanan), Ghullam (tiga kiri), Michael (dua kanan), Yusop (kanan) dan pegawai dari Kementeria­n memotong riben sebagai gimik operasi air loji itu.
 ??  ?? PAIRIN bersalaman dengan para pegawai kerajaan sebaik ketibaanny­a di Skim Pembentung­an itu. Turut kelihatan Yusop (kiri).
PAIRIN bersalaman dengan para pegawai kerajaan sebaik ketibaanny­a di Skim Pembentung­an itu. Turut kelihatan Yusop (kiri).
 ??  ?? AWANG Mohd Tahir menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin selepas merasmikan bangunan operasi loji itu. Turut kelihatan Bobbey (kiri) dan pegawai kerajaan lain.
AWANG Mohd Tahir menyampaik­an cenderaken­angan kepada Pairin selepas merasmikan bangunan operasi loji itu. Turut kelihatan Bobbey (kiri) dan pegawai kerajaan lain.
 ??  ?? SKIM Pembentung­an yang akan disiap pada November tahun hadapan.
SKIM Pembentung­an yang akan disiap pada November tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia