Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak Orang Asli kurang zat makanan di Terengganu dibantu

-

HULU TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu serta Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi membantu kanak-kanak masyarakat Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar berkata kerjasama menerusi Program Pemulihan Kanak- Kanak Kekurangan Zat Makanan itu adalah bagi mencapai ‘sifar kanak- kanak kekurangan zat makanan’ dalam kalangan masyarakat orang Asli yang disasarkan jabatan itu.

“Setakat Julai tahun ini kita berjaya memulihkan lima daripada 10 orang kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut menerusi pemberian ‘bakul makanan’.

“Lima orang lagi insyaAllah akan berjaya dipulihkan dalam masa terdekat. Justeru, kita harap dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Jakoa, sasaran sifar kanak- kanak kurang zat makanan dapat kita capai tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja bagi mengenal pasti tahap kesihatan masyarakat Orang Asli di perkampung­an Orang Asli Sungai Berua, dekat sini, kelmarin.

Mohammad berkata menerusi program bakul makanan itu, kanak-kanak yang terpilih dibekalkan dengan makanan berkhasiat seperti beras, bijirin sarapan, biskut, marjerin, telur, multivitam­in, ikan sardin, ikan bilis, bihun, serbuk malt coklat, minyak masak, susu tepung penuh krim dan susu khas bagi meningkatk­an berat badan mereka.

Dalam pada itu, beliau pada lawatan tersebut pada keseluruha­nnya berpuas hati dengan tahap kesihatan masyarakat di situ berbanding beberapa tahun yang lepas.

“Cuma dari segi kebersihan kawasan persekitar­an, kita harap mereka dapat tingkatkan agar tidak membuang sampah meratamera­ta kerana bimbang akan menyebabka­n penyakit denggi atau ‘leptospiro­sis’.

“Justeru kita minta pihak Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ini memastikan tong-tong sampah disediakan agar penduduk di sini tidak lagi membuang sampah di meratarata tempat,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PAIRIN bersama-sama dengan pegawai dari Kementeria­nnya dan para pemimpin bergambar selepas lawatan kerja di Loji Bekalan Air di Bingkor Keningau.
PAIRIN bersama-sama dengan pegawai dari Kementeria­nnya dan para pemimpin bergambar selepas lawatan kerja di Loji Bekalan Air di Bingkor Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia