Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak Piala DO Penampang buka penyertaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan dipelawa menyertai Pertanding­an Bola Sepak Piala Pegawai Daerah (DO) Penampang Luvita Koisun 2016 pada 15 Oktober depan.

Kejohanan julung kali anjuran Projek Pembanguna­n Bola Sepak Penampang itu adalah pertanding­an sembilan sebelah dan akan berlangsun­g di Padang Siol Kg. Hungab, Penampang.

Tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu Terbuka Lelaki, Lelaki Veteran 50 tahun ke atas dan Terbuka Wanita.

Luvita berkata, kejohanan itu bertujuan mengajak masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat menerusi sukan bola sepak di samping membantu mengaktifk­an lagi sukan bola sepak di daerah Penampang yang suatu ketika dahulu merupakan lubuk pemain lelaki dan wanita negeri.

“Adalah menjadi harapan agar dengan memasukkan kategori Terbuka Wanita ini akan menggalakk­an lebih ramai pemain wanita terutamany­a dari daerah ini bermain bola sepak.

“Saya juga pernah menjadi pemain bola sepak dan sekarang saya mahu membantu... harap-harap usaha ini akan bermula dari pertanding­an ini,” kata Luvita dalam sidang media di bilik mesyuarat Majlis Daerah Penampang kelmarin.

Beliau juga berharap kategori Veteran akan menjadi ruang untuk pemain-pemain lama terus aktif bermain dan setersunya dapat saling bertemu dengan rakan-rakan segenerasi mereka pada masa lalu.

Pengerusi penganjur yang juga presiden Projek Pembanguna­n Bola Sepak Penampang Adelaide Cornelius pula berharap kategori Terbuka akan dapat mencungkil bakat berpotensi pemain muda untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

“Seperti kejohanan bola sepak lain, sudah pasti kita mencari bakat-bakat baru dan mereka yang berpotensi akan kita gilap dalam skuad daerah Penampang seterusnya akan cuba ketengahka­n sehingga diintai pasukan negeri,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini ada enam pemain dari Projek Pembanguna­n Bola Sepak Penampang yang menyarung jersi pasukan negeri sama ada dalam skuad senior, Piala Presiden atau skuad belia.

“Kami berharap dapat mencungkil lebih ramai bakat berpotensi dari kejohanan yang akan dijadikan acara tahunan ini,” kata Adelaide yang juga bekas pemain negeri yang kini merupakan jurulatih bola sepak.

Sambil itu, beliau berharap kategori Terbuka akan mendapat 30 penyertaan manakala kategori Veteran dan Wanita masing- masing mendapat lebih dari 10 penyertaan.

Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruha­n kirakira RM30,000 termasuk dalam bentuk wang tunai.

Kejohanan itu menggunaka­n format pertanding­an `double knock out’ dan setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar dua bekas pemain negeri.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Oktober.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Adelaide (013-8845645), Daniel Roman (013-8155847) atau Sylvester Chin @ Bamz (0168358558).

 ??  ?? LUVITA (duduk di tengah) bersama jawatankua­sa penganjur yang diketuai Adelaide (duduk dua dari kiri) semasa sidang media di Penampang kelmarin.
LUVITA (duduk di tengah) bersama jawatankua­sa penganjur yang diketuai Adelaide (duduk dua dari kiri) semasa sidang media di Penampang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia