Utusan Borneo (Sabah)

Dominasi adik-beradik Samin

Kejohanan Badminton Kota Kinabalu Tertutup 2016

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Adikberadi­k, Demond Anthony dan Patricia Eleng Samin mendonasi acara perseorang­an lelaki pada Kejohanan Badminton Kota Kinabalu Tertutup 2016.

Kedua-dua pemain bukan pilihan dari Kelab AceBrio itu melakukan kejutan dengan menjuarai acara perseorang­an lelaki dan wanita di kejohanan dua hari itu yang berakhir di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.

Demond menewaskan pilihan kedua yang juga juara bertahan Beh Ka Yee dalam saingan separuh akhir sebelum mengalahka­n rakan sepasukan Syafiq Serikin menerusi keputusan 21-16, 21-15 dalam masa 30 minit.

Berlatih di bawah pemantauan Jonathan, jurulatih dari Indonesia, selain Demond, Kelab AceBrio juga melahirkan ramai pemain muda berbakat termasuk Nicholas Lee Ying yang melakukan kejutan terbesar dengan menewaskan pilihan pertama Shyzeddie Serikin dalam perlawanan suku akhir.

Bagi Patricia pula, pemain pilihan kedua kejohanan itu terus mempersemb­ahkan peningkata­n prestasi dengan menewaskan pemain pilihan pertama yang juga rakan selatihan di bawah AceBrio, Lydia Habirin Lapongan menerusi keputusan 21-13, 21018 dalam masa 35 minit.

Acara beregu lelaki juga menyaksika­n keunggulan gandingan adik-beradik Nurfadli/ Nurdini Mohd Said. Seperti yang dijangka, pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan masa 20 minit untuk menewaskan pilihan keempat gandingan Andy Chin/Casey Yong menerusi keputusan 21-14, 21-18.

Acara beregu wanita pula dijuarai oleh gandingan Adrina Anscelly/Yvonne Ong selepas menewaskan gandingan Lydia Habirin/Gloria Moijing menerusi keputusan 21-12, 21013 dalam masa 40 minit.

Persaingan acara beregu veteran lelaki ( gabungan umur 80 tahun ke atas), pasangan buka pilihan Teo Lip Chai/Yong Thain Vun menewaskan Datuk Steven Joker/ Roland Balandong menerusi keputusan 21-15, 21-19 dalam masa 35 minit.

Acara beregu veteran lelaki (gabungan umur 100 tahun ke atas) pula dijuarai oleh gandingan Datuk Steven Joker/ Vincent Lim mengalahka­n Eric Moo/Ronald Balandong menerusi aksi sengit 21-18, 22-20 dalam masa 31 minit.

Sebagai usaha untuk mencungkil bakat- bakat baru, kejohanan kali ini juga mempertand­ingkan acara perseor- angan lelaki dan perempuan untuk peringkat umur 13 tahun ke bawah menggunaka­n sistem kiraan 11 mata menerusi lima set.

Dalam kategori lelaki, pilihan ketiga Quiton Yap muncul selaku juara selepas menewaskan pilihan kedua Haikal Hazrul Hashim menerusi set mudah 11-9, 11-6, 13-11 dalam masa 22 minit.

Percaturan kategori perempuan pula dijuarai oleh pilihan pertama Arena Satu Samin selepas menundukka­n Rabiatul Hidayah juga menerusi set mudah 11-5, 1101, 12-10 dalam masa 13 minit.

Naib presiden Persatuan Badminton Daerah Kota Kinabalu (KKDBA) Malai Mansor Malai Kassim berkata, penganjura­n kejohanan itu berjalan lancar. Terima kasih di atas bimbingan pengadil Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) Sr. Anthony C. Linggian.

“Kita juga menggunaka­n format kiraan 11 mata bukan sahaja untuk membolehka­n pemain-pemain muda tetapi juga untuk para pengadil membiasaka­n diri.

“Bagi pihak penganjur dan KKDBA, saya juga berterima kasih kepada para penaja termasuk Maxbolt Sdn Bhd yang beribu pejabat di Johor di atas tajaan raket dan kemeja-T bernilai kira-kira RM5,000, Ararat Sports serta Nestle Products Sdn Bhd atas penajaan produk Milo,” jelas beliau.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan bersama oleh presiden KKDBA Datuk Khadzim M. Yahya, pengurus besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Penyuki Matta, timbalan presiden KKDBA Ronald Cooke, pengarah Jabatan Perubatan Likas; Dr. Tan Bee Hwai dan presiden Persatuan Badminton Kudat; Ajahar Abd Latip.

 ??  ?? PARA VIP dan juara merakamkan kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Kejohanan Badminton Kota Kinabalu Tertutup 2016 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.
PARA VIP dan juara merakamkan kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Kejohanan Badminton Kota Kinabalu Tertutup 2016 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas pada Ahad.
 ??  ?? STEEVE Koh (kiri) mewakili Maxbolt S/B bersama para pemenang beregu veteran lelaki (gabungan 80 tahun ke atas).
STEEVE Koh (kiri) mewakili Maxbolt S/B bersama para pemenang beregu veteran lelaki (gabungan 80 tahun ke atas).
 ??  ?? DR. Tan (kiri) bersama para pemenang perseorang­an perempuan 13 tahun ke bawah.
DR. Tan (kiri) bersama para pemenang perseorang­an perempuan 13 tahun ke bawah.
 ??  ?? PENYUKI (dari kanan) bersama para pemenang acara perseorang­an wanita.
PENYUKI (dari kanan) bersama para pemenang acara perseorang­an wanita.
 ??  ?? KHADZIM (kiri) bersama para pemenang acara beregu lelaki.
KHADZIM (kiri) bersama para pemenang acara beregu lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia