Utusan Borneo (Sabah)

TABS julang Piala Borneo B16

-

KOTA KINABALU: Impian pasukan TABS Safa Bandaraya untuk menjulang kejuaraan Piala Borneo B16 akhirnya menjadi kenyataan apabila pasukan itu menumpas pencabar tradisi, DPM (Sekolah Sukan Negeri Sabah) 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Penampang, kelmarin.

TABS yang mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam liga kumpulan mendahului lawan 1-0 pada separuh masa pertama melalui Radzee Ramlye dan menambah satu lagi menerusi Javier Dimis di saingan babak kedua.

Pasukan Jubilo FC menduduki tempat ketiga menewaskan Ipigasa United dari Filipina 1-0 melalui sepakan penalti ‘sudden death’ dalam perlawanan penentuan sebelum itu.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam permainan masa penuh.

Pengurus pasukan TABS Lokman Sunggim berkata, harapan pasukannya untuk menjuarai kejohanan itu kali ini menjadi kenyataan hasil komitmen dan kesungguha­n pemain- pemain melakukan persiapan dan ketika beraksi di padang.

Katanya, tahun lalu mereka menduduki naib juara dan tahun ini pasukannya lebih bersedia dan semangat ini membolehka­n mereka mencapai kejayaan.

Menurut beliau, persiapan pasukan lebih rapi kali ini di bawah jurulatih Roslan Wasli dan turut diawasi oleh ketua jurulatih, Matasan Ahmad.

“Kami memberi tumpuan dan penekanan kepada latihan dan keyakinan pemain dan ini akhirnya membuahkan hasil kepada pasukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan akhir itu.

Lokman yang juga Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya berharap kejuaraan yang dicapai pasukan B16 itu membantu memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada pasukan TABS B15, B14, B13, B12 dan B11 untuk melakukan yang terbaik menghadapi pertanding­an kategori umur tersebut yang berakhir hujung bulan ini.

Katanya, pasukan terbabit juga sebenarnya sudah bersedia menghadapi kejohanan di bawah kendalian jurulatih masing-masing.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada empat pemain pasukan B16, Mohd Hizaz Lokman (penyerang), Mohd Farhan Abd Aziz, Muhd Paisal (pertahanan) dan Mohd Zahid Abd Rashid ( penjaga gol) kerana disenaraik­an mewakili pasukan senior Kota Kinabalu bagi menghadapi Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Zon Borneo 1 yang bermula awal bulan hadapan..

Tambahnya, pemain remaja terbabit berpotensi untuk dipilih dalam pasukan Belia B19 Sabah musim hadapan.

 ??  ?? PARA pemain dan pegawai TABS Safa Bandaraya bergambar dengan piala dan hadiah yang dimenangi.
PARA pemain dan pegawai TABS Safa Bandaraya bergambar dengan piala dan hadiah yang dimenangi.
 ??  ?? KETUA pasukan TABS, Hizaz Lokman cuba disekat pemain pertahanan DPM dalam aksi perlawanan akhir.
KETUA pasukan TABS, Hizaz Lokman cuba disekat pemain pertahanan DPM dalam aksi perlawanan akhir.
 ??  ?? HIZAZ menyerahka­n cenderahat­i kepada ketua pasukan DPM, Sabri Tasim (kanan).
HIZAZ menyerahka­n cenderahat­i kepada ketua pasukan DPM, Sabri Tasim (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia