Utusan Borneo (Sabah)

GENG DIWAN DIBERKAS

Dipercayai terbabit tujuh kes pecah rumah dan dua kes curi Lans koperal polis cedera akibat dirempuh penjenayah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang dipercayai dipandu dua penjenayah selepas bertindak melarikan diri daripada anggota polis di Kampung Karambunai Baru, di sini pada Selasa.

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera di kaki selepas kenderaan polis yang mengejar penjenayah dirempuh dalam percubaan suspek melarikan diri.

Ketua Polis Dearah Tuaran Deputi Superinten­dan Abdul Fuad Abdul Malek berkata kejadian berlaku selepas pihaknya menemui dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an di dalam kenderaan itu kirakira jam 9.30 malam.

“Sebaik dihampiri, pemandu segera menghidupk­an kenderaan sebelum memecut laju meninggalk­an lokasi menyebabka­n polis mengejar penjenayah terbabit sehingga beberapa kilometer.

“Sebaik tiba di Kampung Karambunai Baru, polis mengarahka­n suspek berhenti bagi pemeriksaa­n, bagaimanap­un suspek bertindak memecut kenderaan buat kali kedua dan merempuh salah sebuah kereta polis.

“Melihat keadaan itu, seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek bagi mempertaha­nkan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di sini kelmarin.

Fuad berkata suspek kemudian melarikan diri kira- kira satu kilometer selepas keretanya terbabas ke dalam parit.

Katanya, kedua-dua suspek akhirnya berjaya ditahan.

Beliau berkata seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengalami kecederaan dalam kejadian itu dan dihantar ke Hospital Daerah Tuaran untuk menerima rawatan selanjutny­a.

Menurutnya, anggotanya itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata penangkapa­n kedua- dua suspek dibuat berikutan penahanan dua suspek sebelum ini yang dipercayai terbabit dalam tujuh kes pecah rumah dan dua kes curi.

“Kumpulan yang dikenali sebagai Geng Diwan dipercayai terlibat dalam sembilan kes jenayah termasuk tujuh kes pecah rumah dan dua kes curi masing-masing dilaporkan di Telipok Ria dan Taman Sri Rugading beberapa bulan lalu.

“Bertindak dengan maklumat awam, polis berjaya menahan dua suspek sebelum ini di Kampung Karambunai Baru kira-kira jam 4 petang.

“Penahanan dua suspek itu membawa kepada penahanan dua suspek lain yang menaiki kereta Perodua Viva berhampira­n Kampung Gayang dalam tempoh kirakira lima jam,” katanya.

Fuad berkata antara barangan curi yang berjaya dirampas kembali adalah barangan peralatan rumah termasuk televisyen, mesin basuh, pembesar suara, dan gitar elektrik.

Katanya, polis turut merampas kereta Perodua Viva yang dinaiki suspek yang dipercayai turut digunakan bagi menjalanka­n jenayah mereka.

“Kesemua suspek berumur 20 hingga 30 tahun ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah dan curi.

“Dua daripada suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

 ??  ?? FUAD (dua kiri) dan pegawainya memeriksa barangan curi yang berjaya dirampas kembali daripada suspek semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, di sini kelmarin.
FUAD (dua kiri) dan pegawainya memeriksa barangan curi yang berjaya dirampas kembali daripada suspek semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, di sini kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia