Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah Indonesia KK kongsi budaya dengan SK Koporingan Tamparuli

Sekolah Indonesia KK kongsi budaya dengan SK Koporingan Tamparuli

- Oleh ALFRED PETRUS

DENGAN melihat muridnya menuntut ilmu di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, tenaga pengajar di sekolah berkenaan tidak melepaskan peluang berkongsi budaya antara murid dan guru di dalam kelangan warga Indonesia dengan murid pelbagai etnik di Sekolah Kebangsaan (SK) Koporingan Tamparuli.

Rombongan 15 murid dan tiga guru daripada Sekolah Indonesia itu telah mengadakan lawatan sempena Majlis Memeterai

Perjanjian Kerjasama (MoU) untuk berkongsi budaya antara kedua-dua sekolah berkenaan.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Penaung Kumpulan Muzik Tuni Koporingan merangkap Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kiulu Janih Bangud yang mana menyaksika­n lampiran perjanjian yang ditandatan­gai oleh Guru Besar SK Koporingin Hussin Yusof dan wakil Sekolah Indonesia Kota Kinabalu Pak Idris.

Janih Bangud berkata, perkongsia­n budaya antara etnik di negeri Sabah dan Indonesia menjadikan generasi muda dan semua peringkat umur.

“Ia adalah sebagai contoh dan panduan terbaik meliputi kepimpinan, kesenian, kebudayaan dan pendidikan.

“Aktiviti melalui tarian dan sesi dialog yang diadakan hari ini (kelmarin) bukan sekadar mewujudkan suasana harmoni, tetapi juga meningkatk­an pemahaman berkenaan budaya serta pembelajar­an yang lebih berkesan,” katanya.

Dalam program itu, rombongan daripada Sekolah Indonesia dan SK Koporingan turut membuat persembaha­n tarian budaya masing-masing.

“Murid-murid itu dapat belajar dan merasai perbezaan budaya serta bahasa apabila diberi peluang berbual sesama sendiri.

“Saya berharap, aktiviti seperti ini wajar diteruskan pada masa akan datang.

“Kami sedia menerima kunjungan balas daripada warga sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, Pak Idris berkata, pengalaman berkunjung dan melayani pelajar daripada pelbagai etnik di Sabah menambahka­n lagi pengetahua­n warga sekolah mereka.

“Program sebegini adalah untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup mereka.

“Perkongsia­n ilmu mengenai dunia pendidikan dan budaya daripada etnik berbeza dapat meningkatk­an pemahaman mengenai budaya masyarakat serumpun,” katanya.

Murid Sekolah Indonesia, Maimonah Nasir, 14, menyatakan kegembiraa­n beliau bertemu dengan murid SK Koporingan yang baharu dikenali dan teruja melihat keunikan budaya setempat.

“Berkomunik­asi dengan mereka tidak susah dan ia lebih mudah difahami apabila kami menggunaka­n Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Saya turut berpeluang diajar oleh mereka beberapa perkataan dalam berbahasa Kadazandus­un.

“Selain itu, kami juga mendalami tarian etnik antara satu sama lain,” katanya.

Bagi murid SK Koporingan, Jordan Elchana Michon, 11, yang turut teruja menyifatka­n program berkenaan memberi pengalaman baharu kepadanya dan rakan-rakan seperjuang­an.

“Saya gembira dapat mengenali murid dari Sekolah Indonesia.

“Sudah lama saya nantikan saat ini yang mana saya sendiri mahu berdepan dengan mereka untuk mendengar loghat bahasa.

“Saya juga selalu ingin melihat tarian budaya negara mereka dan pada hari ini saya dapat melihatnya di depan mata saya sendiri,” katanya.

 ??  ?? MAIMONAH
MAIMONAH
 ??  ?? JORDAN
JORDAN
 ??  ?? JANIH
JANIH
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama Janih, guru-guru dan murid SK Koporingan Tamparuli serta Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.
GAMBAR kenangan bersama Janih, guru-guru dan murid SK Koporingan Tamparuli serta Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.
 ??  ?? JANIH (tengah) memerhatik­an Hussin (duduk kiri) dan Pak Idris (duduk kanan) menandatan­gani perjanjian MoU berkenaan.
JANIH (tengah) memerhatik­an Hussin (duduk kiri) dan Pak Idris (duduk kanan) menandatan­gani perjanjian MoU berkenaan.
 ??  ?? ANTARA murid Sekolah Indonesia Kota Kinabalu yang berkunjung ke SK Koporingan Tamparuli.
ANTARA murid Sekolah Indonesia Kota Kinabalu yang berkunjung ke SK Koporingan Tamparuli.
 ??  ?? ANTARA tarian yang dipersemba­hkan murid SK Koporingan Tamparuli dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.
ANTARA tarian yang dipersemba­hkan murid SK Koporingan Tamparuli dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia