Utusan Borneo (Sabah)

Tanam semangat patriotism­e dalam diri

- Oleh YUSOP TEPPO

RAKYAT digesa terus menanam semangat patriotism­e dalam diri masing-masing demi kelangsung­an kemerdekaa­n negara.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, sungguhpun Bulan Kemerdekaa­n sudah berlalu, namun pemupukan semangat patriotism­e dan perpaduan perlu diteruskan dan tidak bermusim.

Katanya, bagi tujuan itu juga, slogan ‘Sehati Sejiwa’ yang menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan negara sebagai dasar memupuk semangat patriotism­e dan perpaduan perlu kena pada tempatnya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Telupid di Padang Pekan Telupid, Beluran kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat dan Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, sejajar dengan kelangsung­an kemerdekaa­n dan pembanguna­n negara, kerajaan akan terus memastikan Telupid dijadikan sebagai fokus utama penyaluran pembanguna­n negara.

Ini kerana katanya, kerajaan juga mahu melihat Telupid sebagai daerah penuh dapat menikmati pembanguna­n bukan sahaja di kawasan tumpuan seperti di kawasan pekan malah ke setiap pelusuk kampung.

Bagaimanap­un katanya, masyarakat di Telupid perlu bersabar untuk menanti setiap fasa pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan secara berperingk­atperingka­t.

Pada majlis itu, sebanyak 28 kontinjen terdiri agensi kerajaan, persatuan sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai sambutan itu membabitka­n hampir 1,000 penyertaan.

Dalam majlis yang sama turut menyaksika­n Ronald melancarka­n Kelab Sukarelawa­n P. 183 Beluran selain mengetuai kayuhan basikal baersama Telupid Cycling Team dari Padang Pekan Beluran ke Kampung Singgahmat­a.

 ??  ?? RONALD (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada kontinjen JKR yang menyertai perbarisan.
RONALD (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada kontinjen JKR yang menyertai perbarisan.
 ??  ?? RONALD (tengah) mengetuai program kayuhan merdeka sempena sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Telupid.
RONALD (tengah) mengetuai program kayuhan merdeka sempena sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia