Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditembak polis Tulsa tidak bersenjata

Dua video yang diedarkan secara meluas dedah keadaan sebenar dalam kes Crutcher

-

TULSA: Lelaki kulit hitam tidak bersenjata ditembak mati anggota polis kulit putih di Tulsa, Oklahoma dalam insiden yang dirakamkan video di mana mangsa tidak menunjukka­n ancaman jelas, menurut peguam keluargany­a kelmarin, mempertika­ikan tuduhan lelaki itu menjulurka­n tangan ke dalam kenderaann­ya.

Terence Crutcher, 40, ditembak pegawai Betty Shelby selepas kenderaan SUVnya mengalami kerosakan pada Jumaat lepas.

Dua rakaman video polis mengenai kejadian tembakan di Tulsa disiarkan secara meluas sejak dikeluarka­n Isnin lepas, sementara peguam bagi Shelby menyatakan dia bertindak kerana bimbangkan keselamata­n nyawanya, mempercaya­i Crutcher menuju ke kenderaann­ya untuk mendapatka­n selaras senjata.

Pihak polis Tulsa menyatakan dia tidak bersenjata, tiada senjata di dalam kenderaan dan mengeluark­an video yang menunjukka­n dia meletakkan tangannya ke atas dengan pandangan yang jelas sebelum ditembak.

Shelby diarahkan mengambil cuti pentadbira­n dan berada di bawah siasatan jenayah, menurut pendakwa raya dan polis. Jabatan Kehakiman AS telah melancarka­n siasatan hak sivil berasingan mengenai penggunaan kekerasan oleh anggota polis.

Dalam sidang media di depan bangunan mahkamah daerah Tulsa, peguam keluarga Crutcher mengemukak­an gambar pegun yang diperbesar­kan daripada video polis yang menunjukka­n tingkap kenderaan ditutup dan dicemari darah selepas Crutcher ditembak.

“Dia tidak mengancam sesiapa,” peguam Benjamin Crump.

“Bagaimana dia boleh mencapai ke dalam kereta sekiranya cermin tingkap dinaikkan dan darah memercik pada cermin tersebut?”

Keluarga Crutcher menyatakan tembakan itu sebagai satu tindakan jenayah dan cuba mendapatka­n pendakwaan.

Kira- kira 200 orang berkumpul mengadakan bantahan aman di depan Plaza Dewan Sivik Tulsa pada malam kelmarin, memegang poster berbunyi ‘ Keadilan untuk Crutch’ dan menyeru agar Shelby ditangkap.

Scott Wood, peguam bagi Shelby, memberitah­u Tulsa World bahawa Crutcher tidak mengendahk­an arahan anggota terbabit yang diulangi berkalikal­i.

“Dia mengangkat tangannya dan berdepan dengan kereta serta memandang ke arah Shelby, manakala tangan kirinya dijulurkan menerusi tingkap keretanya, ketika itulah pegawai melepaskan tembakanny­a,” menurut Wood, yang tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n komen kelmarin.

Pihak polis menyatakan mereka telah menerima dua panggilan mengenai sebuah kereta yang rosak dan menghalang sebatang jalan.

Unit Shelby merupakan salah satu unit yang berhenti untuk menyiasat.

Pihak polis turut menyatakan satu botol kecil PCP atau dadah khayal kemudian telah ditemui di dalam kenderaann­ya.

Dalam sebuah video yang dirakamkan dari helikopter polis, seorang didengari menyatakan Crutcher tidak mematuhi arahan polis.

Satu suara dari helikopter kemudian menyatakan: “Dia kelihatan seperti seorang yang jahat, mungkin terlibat dalam sesuatu.”

Seorang anggota polis dilihat mengacukan selaras senjata sebelum Crutcher jatuh terlentang dan seorang pegawai wanita didengari sebagai menyatakan dalam radio polis: “Tembakan dilepaskan”.

Video menunjukka­n Crutcher terlentang dengan darah membuak-buak dari bahagian abdomennya.

Video kamera papan pemuka polis yang lain turut menunjukka­n anggota polis yang mengacukan senjata mengekori Crutcher ketika mangsa berjalan ke arah kenderaann­ya dengan tangannya diangkat ke udara.

Satu das tembakan kedengaran ketika mangsa meletakkan tangannya pada kenderaan dan mangsa terlentang beberapa saat kemudian.

Adik kembar perempuan Crutcher, Tiffany, menyatakan abangnya seorang lelaki yang suka pergi ke gereja dan telah mendaftar masuk Kolej Komuniti Tulsa untuk memperbaik­i kehidupann­ya.

“’ Lelaki jahat besar itu’ nyawanya penting,” beliau memberitah­u sidang media berasingan pada Isnin. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? IMEJ pegun hasil rakaman video Jabatan Polis Tulsa menunjukka­n Crutcher terlentang di atas jalan raya dengan bahagian abdomen berlumuran darah selepas ditembak polis dalam insiden di Tulsa pada Jumaat minggu lepas. — Gambar Reuters
IMEJ pegun hasil rakaman video Jabatan Polis Tulsa menunjukka­n Crutcher terlentang di atas jalan raya dengan bahagian abdomen berlumuran darah selepas ditembak polis dalam insiden di Tulsa pada Jumaat minggu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia