Utusan Borneo (Sabah)

Toure tidak akan bermain untuk City selagi Seluk tidak mohon maaf

-

MANCHESTER, England: Yaya Toure tidak akan bermain lagi untuk Manchester City sehingga pihak pemain meminta maaf di atas komen yang dibuat oleh ejen pemain, tegas pengurus City, Pep Guardiola Selasa lepas.

Dimitri Seluk, ejen Toure, menuduh Guardiola “memalukan” Toure, 33, dengan tidak menyenarai­kan pemain itu ke dalam senarai skuad Liga Juara- Juara pada awal bulan ini.

Pemain tengah antarabang­sa Ivory Coast itu, yang mengumumka­n persaraan dari bola sepak antarabang­sa Selasa lepas, belum diturunkan dalam perlawanan bersama City sejak itu.

“Pada hari selepas itu, ejen beliau bersuara dan selepas itu, Yaya tidak beraksi,” kata Guardiola ketika memberitah­u satu sidang media.

“Melainkan Dimitri Seluk kembali berjumpa media atau rakan- rakannya dalam media – kerana beliau tidak mempunyai keberanian untuk menghubung­i saya, beliau terus berjumpa media – dan meminta maaf kepada Manchester City terlebih dahulu, kemudian rakan-rakan sepasukan dan selepas itu kakitangan kejurulati­han.

“Apabila ia berlaku, Yaya akan menjadi sebahagian dalam pasukan dan beliau mempunyai peluang untuk bermain.”

Toure baharu pulih dari migran, yang menyebabka­n beliau tidak bermain ketika Bournemout­h 4- 0 dalam liga tetapi tidak akan dipertimba­ngkan pada perlawanan Piala Liga Inggeris di Swansea City.

Seluk ada berkata: “Jika beliau ( Guardiola) memenangi Liga Juara- Juara musim ini, maka saya akan bertandang ke England dan saya akan berkata di hada- pan televisyen di mana Pep Guardiola adalah pengurus terbaik di dunia.

“Tetapi jika City tidak memenangi Liga JuaraJuara, maka saya berharap Pep mempunyai keberanian untuk berkata beliau silap kerana memalukan pemain hebat seperti Yaya.”

Menjawab kepada kenyataan Guardiola Selasa lepas, Seluk berkata beliau hanya akan meminta maaf sekiranya Guardiola meminta maaf kepada bekas pengurus, Manuel Pellegrini dan penjaga gol Joe Hart, yang dip- injamkan ke Torino.

“Saya akan meminta maaf kepada Guardiola jika beliau meminta maaf kepada Pel- apa yang beliau lakukan kepadanya,” kata Seluk.

“Jika kamu seorang yang baik, semua ini tidak berlaku. Beliau ( Hart) baharu menandatan­gani kontrak baharu tahun lepas dan kemudian disingkirk­an untuk membolehka­n Guardiola tiba. Pellegrini seorang yang baik.”

Toure, yang berada pada tahun terakhir kontrak bersama City, hanya bermain sekali untuk City sejak Guardiola tiba.

Beliau bermain 90 minit pada perlawanan playoff Liga Juara- Juara ketika menewaskan Steaua Bucharest pada bulan Ogos. Toure sudah berada di City sejak 2010 dan membantu kelab memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala Liga dan satu Piala FA.

— AFP

 ??  ?? legrini untuk TOURE
legrini untuk TOURE
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia