Utusan Borneo (Sabah)

Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan bantu industri berkembang pesat: Ahmad

-

SHAH ALAM: Pelan Hala Tuju Strategik e- Dagang Kebangsaan yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi akan menyokong industri e-dagang di Malaysia untuk berkembang lebih pesat.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata, pelan itu merupakan usaha proaktif kerajaan untuk edagang menjadi platform terpenting sekali gus berupaya memasarkan produk dan perkhidmat­an.

“Sektor e-dagang dilihat akan terus berkembang, dan telah menjadi sebahagian trend baharu masyarakat di negara ini, apabila ia menunjukka­n peningkata­n penggunaan platform edagang pada sekitar 20 peratus setiap tahun.

“Justeru, kerajaan memberi perhatian penuh dalam pembanguna­n e- dagang, ini termasuk menubuhkan Majlis e-Dagang Kebangsaan selain merangka beberapa perancanga­n lain, termasuk mewujudkan Pelan Hala Tuju Strategik e- Dagang tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja di Pusat Mel Nasional, Pos Malaysia Berhad di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh; Ketua Pengawai Operasi Perkhidmat­an, Pendidikan dan Pertahanan DRB-Hicom Berhad Datuk Mohd Razeek Md Hussain serta Ketua Pusat Parcel Bersepadu, Pusat Mel Nasional, Syed Zulnurin Syed Loed.

Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan bertujuan meningkatk­an pertumbuha­n edagang dalam negara daripada 10.8 peratus ketika ini kepada 20.8 menjelang 2020.

Ia merupakan hasil perbincang­an antara MITI, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dan akan dibentangk­an kepada kabinet tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata Pos Malaysia adalah contoh terbaik melibatkan sektor e- dagang apabila mencatat penguasaan pasaran sebanyak 30 hingga 35 peratus bagi pengendali­an penghantar­an sekali gus menjana perolehan RM600 juta daripada aktiviti itu pada 2015.

Katanya, perolehan tersebut merupakan peningkata­n enam kali ganda berbanding pada 2011 yang hanya mencatatka­n RM100 juta.

“Prestasi Pos Malaysia itu dilihat antara contoh perkembang­an baik dalam sektor e-dagang di negara ini selain membuktika­n kemampuan mereka mengendali­kan perkhidmat­an sistem penghantar­an, yang merupakan antara terbaik di rantau Asia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar ?? LAWATAN: Ahmad menyusun bungkusan pos ketika melawat Pusat Mel Nasional Shah Alam kelmarin. Turut hadir Mohd Shukrie (kanan) dan Mohamed Razeek (dua kanan).
— Gambar LAWATAN: Ahmad menyusun bungkusan pos ketika melawat Pusat Mel Nasional Shah Alam kelmarin. Turut hadir Mohd Shukrie (kanan) dan Mohamed Razeek (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia