Utusan Borneo (Sabah)

Lima tayangan filem percuma

Sempena Festival Filem China sehingga Sabtu ini

- Oleh ALFRED PETRUS

L

IMA tayangan filem secara percuma akan ditayangka­n sehingga Sabtu ini sempena Festival Filem China 2016 yang dianjurkan oleh Konsulat China.

Tayangan berkenaan adalah sempena sambutan Hari Kebangsaan China ke-67 yang diadakan di pawagam MBO pusat membeli belah Imago di sini bermula Selasa lalu.

Konsulat Jeneral China Kota Kinabalu Chen Pei Jie berkata, tayangan percuma filem Cina yang bermula 7 hingga 9.30 malam itu adalah bagi menggalakk­an pertukaran budaya antara dua negara.

“Sebanyak lima filem yang dibawakan untuk ditayangka­n di sini bagi berkongsi budaya Cina bersama masyarakat setempat.

“Tiket akan diedarkan satu jam sebelum wayang berkenaan ditayangka­n supaya lebih ramai masyarakat tempatan berpeluang menonton wayang yang terpilih ini selain merasakan keindahan pawagam Cina.

“Antara filem Cina yang akan ditayangka­n ialah Monkey King Hero Is Back, Get out Mr Tumor, Wolf Totem, Lost in Thailand dan Monsterhun­t,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berharap agar lebih banyak lagi penganjura­n program seumpama itu di Sabah pada masa akan datang.

“Festival seperti ini adalah salah satu platform merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya negeri ini.

“Sabah adalah unik kerana bukan sahaja masyarakat Cina yang minat menonton filem Cina, namun semua masyarakat berbilang kaum bersamasam­a meminati wayang yang sama,” katanya.

Selain itu, Masidi menyatakan program seumpama itu dapat meningkatk­an kedatangan pelanconga­n dari China ke Sabah.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

 ??  ?? MASIDI (tengah) mengetuai pelancaran gimik perasmian festival berkenaan sebelum tayangan percuma dimainkan.
MASIDI (tengah) mengetuai pelancaran gimik perasmian festival berkenaan sebelum tayangan percuma dimainkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia